• Daftar

ZAKAT DI WILAYAH PERSEKUTUAN: BAGAIMANA DIAGIH?

15 Februari – YBhg. Datuk Hj. Zainal Abidin Jaffar, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP telah dijemput sebagai tetamu radio IKIM.fm untuk membicarakan tentang pengagihan zakat di Wilayah Persekutuan.

DARUL ILMI: PAHALA BERTERUSAN KEPADA PEWAKAF

14  Februari – Baru-baru ini telah diadakan Majlis Perasmian Darul Ilmi dan Graduasi  13 orang warga emas yang telah tamat pengajian di pusat tersebut. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan tahniah MAIWP kepada warga Darul Ilmi yang telah mengikuti pengajian agama selama 2 tahun di sini.

MAIWP TELAH BANTU MEREKA

Harian Metro pada 13 Februari 2017 telah menyiarkan berita bertajuk “Hati Meruntun Bayi Tidur di Kaki Lima”  Dalam berita tersebut, terpampang  gambar seorang wanita dan anak-anak yang dilaporkan bergelandangan di Jalan Jalan Raja Laut, Chowkit.

KEKALKAN KECEMERLANGAN

27 Jan. – Majlis Perhimpunan Bulanan MAIWP Januari 2017 telah diadakan di Dewan Seminar, Aras 1 Bangunan PERKIM Kuala Lumpur.

JOM BANTU RAKYAT

20 Jan – Program Jom Bantu Rakyat telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bin Tun Razak di perkarangan Dewan Komuniti, Desa Pandan, Kuala Lumpur.

BREAKFAST TALK INTEGRITI

24 Jan. -  MAIWP melalui Unit Integriti telah mengadakan program Breakfast Talk Siri 1 yang diadakan di Dewan Seminar, Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur.

BAITULMAL MAIWP SEDIA MEMBANTU

Hujan panas permainan hari, susah senang permainan hidup itulah adat kehidupan kita. Melalui maklumat yang disampaikan oleh guru sekolah anak Encik Amir Ghazali, Skuad Jejak Asnaf turun menyantuni keluarga ini yang hidup serba kekurangan. Keluarga ini diuji selepas En. Amir ditamatkan kontrak sebagai kerani di sebuah firma guaman pada september 2016 setelah berkhidmat selama 13 tahun.

MAIWP JAWAB DAKWAAN FITNAH

9 Jan- Baru-baru ini telah tersebar di beberapa laman blog dan facebook yang menyeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap MAIWP. Kenyataan tersebut mendakwa MAIWP telah menubuhkan syarikat “healthcare” tanpa mendapat kelulusan. Berikut adalah kenyataan untuk menjawab tuduhan tersebut: