• Daftar

KPE MAIWP MELAWAT TADIKA BARU MAIWP

3 Jan- YBhg. Datuk Hj. Zainal Abidin bin Jaffar, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP telah mengadakan lawatan ke tadika baru MAIWP di hari pertama persekolahan.

Tadika tersebut adalah Tadika Islam MAIWP Sulaimaniyyah yang terletak di Presint 18, Putrajaya.
Tadika Islam MAIWP Sulaimaniyyah merupakan satu lagi kerjasama strategik terbaru MAIWP di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Tadika ini dibuka dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya di mana pihak perbadanan membangunkan premis tadika dan menguruskan penyelenggaraan. Manakala MAIWP pula menyediakan guru-guru untuk mengajar di tadika tersebut.
Tadika ini mampu menempatkan sehingga 250 orang pelajar dan menggunakan silibus pendidikan yang diintegrasi dengan silibus Yayasan Sulaimaniyyah.

Share