• Daftar

MAIWP AGENSI TERAWAL SERAP PEGAWAI KONTRAK KE TETAP

30 Dis – Selari dengan keputusan kerajaan untuk menyerap pegawai kontak yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun ke jawatan tetap, MAIWP telah menjadi antara agensi terawal mendapat kelulusan tersebut.

Menerusi surat “Pengambilan Lantikan Kontrak (Contract of Service)  Untuk Tujuan Pelantikan Secara Tetap” Yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 31 Mac 2016, kerajaan telah memutuskan pegawai lantikan kontrak yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun boleh dilantik secara tetap mulai 1 Julai 2016. Keputusan ini adalah atas dasar keprihatinan Kerajaan terhadap sumbangan dan khidmat bakti pegawai kepada negara.

MAIWP kemudiannya telah mengemukakan permohonan untuk menyerap tetap 5 orang pegawainya pada 23 September 2016 seterusnya diluluskan oleh JPA pada 8 Disember 2016.

Surat pelantikan telah disampaikan di Majlis Perhimpunan Bulanan MAIWP Disember 2016. Mereka yang diserap tetap adalah:

a)Othman Jalaluddin bin Bahari, Pegawai Hal Ehwal Islam gred S48. Berkhidmat selama 21 tahun bermula 1995.

b)Abdul Halim bin Abdullah, Pegawai Hal Ehwal Islam gred S44. Berkhidmat selama 20 tahun bermula 1996.

c)Mohd Saiful Hafiz Vijia bin Abdullah, Pegawai Hal Ehwal Islam gred S41. Berkhidmat selama 18 tahun bermula 1998.

d)Abdullah @ Peraun Bin Usman, Pembantu Tadbir gred S17. Berkhidmat selama 18 tahun bermula 1998.

e)Mohd Hafez bin Ismail, Pembantu Pegawai Latihan gred E19. Berkhidmat selama 20 tahun bermula 1996.

 

Menerusi keputusan kerajaan ini, pegawai yang menepati syarat akan diserap ke jawatan tetap mengikut gred sedia ada dan tangga gaji semasa.  

 
Share