DENGAN ZAKAT MEREKA BERJAYA

Saiz Tulisan :

Menerusi dana zakat, MAIWP telah menubuhkan beberapa institusi pendidikan dari usia muda sehingga pengajian tinggi. Berkat zakat yang dibayar, para pelajar di institusi pendidikan MAIWP telah mencapai keputusan cemerlang. Institusi pendidikan menengah MAIWP terdiri daripada:

  1. Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA-MAIWP)  Kuala Lumpur
  2. SMA-MAIWP Labuan
  3. Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz
  4. Pondok Moden Al-‘Abaqirah

Bagi meraikan kejayaan pelajar-pelajar ini,  Bahagian Pembangunan Insan, MAIWP telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sekolah-Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMAM) 2016.  Pada majlis tersebut, seramai 252 orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan utama pada tahun 2016 iaitu PT3, Sijil Menengah Agama dan Sijil Pelajaran Malaysia telah diraikan.  Turut disampaikan anugerah kepada pelajar asnaf yang telah mencatatkan keputusan cemerlang.

YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP yang hadir menyampaikan anugerah mengucapkan tahniah kepada semua pelajar.

“Alhamdulillah, kejayaan yang dilihat pada hari ini adalah hasil manfaat daripada aktiviti agihan zakat yang dilaksanakan MAIWP. Oleh itu, saya berharap para pelajar nanti di masa akan datang dapat mengembalikan manfaat yang diterima dengan menjadi seorang pembayar zakat pula ,” kata beliau.

PENERIMA ANUGERAH SMAM 2016

  1. Pentaksiran Tingkatan 3 : 106 orang (11 A dan 10 A)
  2. Sijil Menengah Agama (SMA) : 96 orang (Mumtaz Sofi & Mumtaz)
  3. Sijil Pelajaran Malaysia : 38 orang (Straight A)

ANUGERAH KHAS

Anugerah Pencapaian Terbaik Keseluruhan PT3

  • Irfan Afifi bin Md Noor (SMISTA)

Anugerah Pencapaian Terbaik Keseluruhan SMA

  • Nurul Najwa Azrin binti Azmi (SMA-MAIWP KL)

Anugerah Pencapaian Terbaik Keseluruhan SPM

  • Muhammad Tariq bin Sazali (SMISTA)

Anugerah Kecemerlangan Hafazan Terbaik 30 Juzuk Al-Quran

  1. Muhammad Fitri Naim bin Roslan (SMISTA)
  2. Muhammad Fauzi bin Mohd Noor (SMISTA)
  3. Ismail bin Ahmad Zahid (PMA)

Anugerah Kecemerlangan Yatim Terbaik

  1. Maryam Hafizah binti Farrukh Khan (PT3 - SMISTA)
  2. Yasmin Iman binti Farrukh Khan (SMA – SMISTA)
  3. Muhd Ikmal Hakim bin Musa (SPM – SMISTA)

Anugerah Kecemerlangan Asnaf Terbaik

  1. Muhd Firdaus bin Mohd Yunos (PT3 – SMISTA)
  2. Syahira Amani binti Sulaiman (SMA – SMA-MAIWP KL)
  3. Wan Nur Arthirah binti Wan Mohd Zahir (SPM _ SMA-MAIWP KL)

smam1.JPGsmam2.JPGsmam3.JPGsmam4.JPGsmam5.JPGsmam6.JPGsmam7.JPGsmam8.JPGsmam9.JPGsmam10.JPGsmam11.JPGsmam1a.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP