LAWATAN KERJA PEGAWAI MAIWP KE PUSAT PENDIDIKAN AL-BARAKAH

Saiz Tulisan :

Lawatan kerja ini diadakan berikutan daripada usul Mesyuarat Pembangunan Darul Ilmi yang diadakan pada 24 Ogos 2016  mencadangkan agar mengadakan lawatan ke Institusi tersebut.  Lawatan kerja rasmi awal telah diadakan pada 6 September 2016 dan kemudian lawatan susulan beserta penginapan telah diadakan pada kali ini bagi mendapat gambaran dan suasana sebenar pengajian pondok di samping menjalankan kaji selidik operasi dan program yang dilaksanakan di pusat pendidikan tersebut.  

Lawatan ini disertai oleh IR. Abd Karim bin Mohamed@ Ismail, Timbalan Pengurus Bahagian Pembangunan dan Pelaburan, En Mohd Rodzi bin Osman, Timbalan Pengurus Bahagian Pembangunan Insan dan Azlinawati binti Zakaria, Pengetua Darul Ilmi.

Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Haji Abu Bakar, Pengurus Besar Pusat Pendidikan Al Barakah. Pusat Pendidikan Al Barakah adalah sebuah pondok yang dibangunkan oleh Ustaz Dato’ Mohammad Kazim Elias Al Hafiz.  Pusat ini mempunyai 4 cabang pembelajaran iaitu Pengajian Dewasa, Maahad Tahfiz Al- Quran, Sekolah Agama Rakyat (KAFA) dan juga Tadika Nur Al Barakah.

DARUL_ILMI_ALBARAKAH.jpgDI_ALBARAKAH-2_kecik.jpgDI_ALBARAKAH-2-a.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP