SELAMAT DATANG TKPE BAHARU

Saiz Tulisan :

000 2316

15 September – MAIWP telah menerima Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (TKPE)y ang baharu iaitu Encik Zahed bin Saidin. Beliau merupakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan dipinjamkan bagi mengisi jawatan TKPE  (Pengurusan) dengan gred M 54.
Encik Zahed sebelum ini pernah bertugas di MAIWP sebagai Pengurus Bahagian Pembangunan dan Pelaburan.

YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP mengalu-alukan pelantikan beliau dan berharap pengalaman yang ada akan dapat digunakan untuk memantapkan pengurusan dan perkhidmatan MAIWP.
Terdapat dua jawatan TKPE di MAIWP di mana satu lagi jawatan adalah TKPE (Operasi). Jawatan tersebut kini ditanggung oleh Ustaz Mohd Nizam bin Yahya, Pengurus Baitulmal MAIWP sementara menunggu pengisian daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.

zahid.JPG000_2316.JPG

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP