KUNJUNGAN HORMAT KE JPWP PUTRAJAYA

Saiz Tulisan :

kecik

31 Oktober 2017 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Putrajaya telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pengarah, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu Puan Hjh Roaini Binti Jaafar di Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.

Kunjungan ini diketuai oleh Pengurus Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu Ustazah Wan Maizatun Binti Wan Hassan.

Dalam pertemuan ini, beberapa perkara telah dibincangkan melibatkan bantuan kepada anak-anak asnaf yang bersekolah di Putrajaya, agihan bantuan zakat kepada sekolah dan berkenaan guru-guru biasiswa Baitulmal yang telah dilantik di sekolah-sekolah Putrajaya.
Semoga dengan pertemuan ini akan meningkatkan lagi hubungan antara dua agensi dalam membantu menjalankan usaha meningkatkan pembangunan ummah dan mengeratkan hubungan kerjasama antara sesama jabatan.

kecik.jpgjpwp2.jpgjpwp.jpgjpw.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP