AKADEMI IMAM MUDA SMISTA BAKAL LAHIRKAN IMAM MUDA UNGGUL

Saiz Tulisan :

kecik

4 April - Hasil cetusan idea dan perbincangan dari semua Guru Tahfiz SMISTA, maka terhasillah Program Akademi Imam Muda SMISTA.

Sebagai Program perintis yang mendapat sokongan dan dukungan penuh dari Pihak PIBG SMISTA MAIWP, program ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Imam Muda Hassan yang juga merupakan Juara Rancangan Realiti TV, Imam Muda Musim Kedua.

Seramai 20 Orang pelajar yang terpilih akan mengikuti 4 sesi kelas, sebagai persediaan menjelang Ramadan dan kemudian para pelatih ini akan dibekalkan ke masjid-masjid dan surau-surau sekitar Wilayah Persekutuan KL untuk menjadi Imam Terawih yang kompeten dan berkualiti.

Semoga para pelatih dapat memanfaatkan usaha yang murni ini demi memartabatkan lagi Ahlul Quran ditempat yang lebih mulia, InsyaAllah.

photo_2018-04-04_16-28-15.jpgphoto_2018-04-04_15-01-25.jpgphoto_2018-04-04_15-01-25 (4).jpgphoto_2018-04-04_15-01-25 (3).jpgphoto_2018-04-04_15-01-25 (2).jpgphoto_2018-04-04_15-01-24.jpgmaxresdefault.jpgkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP