NASYRUL QURAN TERIMA SUMBANGAN MAIWP

Saiz Tulisan :

 kecil

MAIWP Menyampaikan sumbangan sebanyak RM1 juta kepada Nasyrul Quran yang merupakan sebuah kompleks percetakan al-Quran ke-2 terbesar di dunia itu. Sumbangan yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Ajib bin Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) ini diserahkan kepada Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Abdul Latif Mirasa.

Pada sesi penyampaian tersebut Datuk Latif turut merasakan bahawa beliaulah manusia paling bertuah kerana MAIWP antara agensi yang turut mambangunkan kompleks ini. Majlis penyerahan telah diadakan sempena lawatan MAIWP ke Nasyrul Quran yang terletak di prisint 14, Putrajaya.

Sementara itu Ustaz Mohd Ajib bin Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) ketika berucap menyatakan bahawa kerjasama yang jitu antara beberapa agensi termasuk pihak kerajaan membolehkan nasyrul Quran ini dapat dibina dan dapat memberi manfaat bukan hanya kepada Negara bahkan juga di luar Negara.

Difahamkan Nasyrul Quran ini mampu mencetak sehingga 1 juta cetakan setahun dan ia dapat penampung permintaan dalam dan luar Negara.
Semoga percetakan al-Quran kedua terbesar di dunia itu bukan untuk tujuan bersaing dengan mana-mana negara tetapi sebagai sumbangan negara terhadap perkembangan Islam

kecil.jpgIMG_20180412_140517.jpgIMG_20180412_140515.jpgDEL_6698.JPG

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP