INSTITUSI PENDIDIKAN

Saiz Tulisan :
pen ikb
bangunanIKB PENGENALAN

Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) ditubuhkan pada tahun 1991, Penubuhan ini sebagai salah satu usaha MAIWP untuk membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan khususnya dan di Malaysia amnya dengan cara memberi  mereka peluang menjalani latihan kemahiran di sebuah Institut Kemahiran yang tersusun supaya mereka boleh berdikari setelah tamat mengikuti kursus ini nanti. Idea awal penubuhan IKB telah dicetuskan oleh YB. Datuk (kini Tan Sri) Dr. Mohd Yusof Noor, Pengerusi MAIWP pada ketika itu. Pada awal penubuhannya IKB dikenali sebagai Pusat Latihan Fakir Miskin dan kemudiaanya ditukar kepada Pusat Latihan Kemahiran Baitulmal (PLKB). Melihat perkembangan kursus dan tahap persijilan yang ditawarkan, maka nama tersebut ditukar kepada IKB pada tahun 1995 sempena 5 tahun IKB ditubuhkan pada ketika itu oleh YB. Dato' (Kini Tan Sri) Dr. Abdul Hamid bin Othman (Allahyarham). Sehingga hari ini, IKB menawarkan kursus kemahiran yang mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). VISI

  • Menjadi sebuah institusi peneraju pendidikan kemahiran  berkualiti demi memartabatkan ekonomi Masyarakat Islam
MISI
  • Menggilap dan meningkatkan potensi belia Islam menerusi:
  • Pendidikan kemahiran sistematik, kreatif dan berinovatif
  • Penerapan nilai Islam keunggulan jati diri
  • Usahawan Muslim yang berdaya saing dan berdaya maju
OBJEKTIF PENUBUHAN
  • Menyediakan peluang latihan kemahiran kepada golongan berpendapatan rendah yang beragama Islam di Wilayah Persekutuan.
  • Membimbing pelatih-pelatih supaya boleh berdikari dan bersedia menceburi bidang perniagaan.
  • Membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja mahir dan separa mahir di sektor awam dan swasta.
SYARAT PERMOHONAN
  1. Warganegara Malaysia dan beragama Islam.
  2. Terbuka kepada lelaki dan wanita.
  3. Minima kelulusan akademik tamat darjah 6 sekolah bantuan kerajaan (boleh membaca dan menulis).
  4. Pendapatan ketua keluarga adalah mengikut had kifayah yang ditetapkan oleh MAIWP.
  5. Sihat tubuh badan & berminat .
PROSEDUR PERMOHONAN
  1. Mengisi borang permohonan dengan lengkap.
  2. Menghantar borang yang lengkap berserta dokumen yang diperlukan sebelum tamat tarikh permohonan.
  3. Menghadiri sesi temuduga (ujian lisan) bagi yang layak.
KURSUS YANG DITAWARKAN 1. KURSUS KEJURUTERAAN ELEKTRIK Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :
  • Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Transkrip Peperiksaan
  • SKM Tahap 2 Pemasangan dan pendawaian Elektrik Satu Fasa
  • SKM Tahap 3 Pemasangan dan pendawaian Elektrik Tiga Fasa
  • Sijil Kekompetenan Pendawaian Tiga Fasa & Endorsan (PW 4)
  • Sijil Kecekapan Kemahiran SKK Elektrik dari CIDB
2. KURSUS PERKHIDMATAN DAN PENYAJIAN MAKANAN Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :
  • Sijil Perkhidmatan Dan Penyajian Makanan dan Transkrip Peperiksaan
  • SKM Tahap 1 – Pembantu Penyedia Makanan
  • SKM Tahap 1 – Penyedia Makanan
3. KURSUS REKAAN FESYEN DAN PEMBUATAN PAKAIAN LELAKI Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :
  • Sijil Rekaan Fesyen Dan Pembuatan Pakaian Lelaki dan Transkrip Peperiksaan
  • Sijil SKM Tahap 1- Pembuat Pakaian Lelaki
  • Sijil SKM Tahap 2- Pembuat Pakaian Lelaki Kanan
  • Sijil SKM Tahap 3- Penyelia Pembuat Pakaian Lelaki
4. KURSUS REKAAN FESYEN DAN PEMBUATAN PAKAIAN WANITA Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :
  • Sijil Rekaan Fesyen Dan Pembuatan Pakaian Wanita dan Transkrip Peperiksaan
  • SKM Tahap 1- Pembuatan Pakaian Wanita
  • SKM Tahap 2- Pembuatan Pakaian Wanita
  • SKM Tahap 3- Pembuatan Pakaian Wanita
5. KURSUS SENI LUKIS DAN SENI REKA Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :
  • Sijil Seni Lukis Dan Senireka dan Transkrip Peperiksaan
6. KURSUS TEKNOLOGI BINAN BANGUNAN Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :
  • Sijil Teknologi Binan Bangunan dan Transkrip Peperiksaan
  • Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) dari CIDB
Muat turun flyers IKB untuk maklumat lengkap.
TEMPOH KURSUS Tempoh kursus : 2 tahun @ 4 semester Kelas : Isnin hingga Jumaat Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang Cuti   : Ahad, Sabtu dan Cuti Umum
KEMUDAHAN
  • Blok akademik dan pentadbiran
  • Blok asrama yang dapat menampung 300 hingga 350 orang.
  • Dewan serbaguna yang dapat menampung 500 orang.
  • Kemudahan perpustakaan.
  • Kemudahan peralatan dan bahan kursus.
  • Kelengkapan pakaian seragam kepada setiap pelajar.
  • Kemudahan peralatan sukan dan rekreasi.
GALERI / VIDEO
ikb1.jpgikb10.jpgikb2.jpgikb3.jpgikb5.jpgikb6.jpgikb7.jpgikb8.jpgikb9.jpg
ALAMAT bangunanIKBInstitut Kemahiran BaitulmalLot 1363, Jalan PerkasaOff Jalan Kampung Pandan Taman Maluri 55100 KUALA LUMPUR No. Tel : 03- 9283 0198 No. Faks : 03- 9281 1387
pen smamaiwp
SMAMAIWP

PENGENALAN

Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) ditubuhkan hasil daripada Mesyuarat MAIWP Kali Ke-96 yang bersidang pada 28 Julai 2006 yang bersetuju agar MAIWP menubuhkan sekolah di Wilayah Persekutuan. Objektif penubuhan sekolah ini ialah bagi membuka peluang kepada para pelajar lulusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) melanjutkan pelajaran di peringkat menengah sebagai kesinambungan pendidikan agama di sekolah-sekolah rendah agama di Wilayah Persekutuan. Selain itu, ia juga bagi menampung permintaan masyarakat yang tinggi terhadap sekolah menengah agama.

SMA MAIWP mula beroperasi pada 22 Januari 2007 di premis sementera di satu blok bangunan Sekolah Rendah Agama (SRA) Othmaniah, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur dengan kekuatan tenaga pengajar seramai 23 orang, 7 orang kakitangan dan 183 orang pelajar yang telah dipilih bagi sesi pertama persekolahan 2007. Pada Jun 2013, SMA MAIWP telah berpindah ke premis tetap di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

Pada 25 Oktober 2010, MAIWP menanda tangani perjanjian persefahaman dengan Kementerian Pendidikan Malaysia menjadikan SMA MAIWP sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang melaksanakan kurikulum kebangsaan yang diintegrasikan dengan kurikulum thanawi. 

Bermula tahun 2015, SMA MAIWP telah melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) yang telah diperkenalkan oleh KPM. Pada peringkat awal, pelaksanaan ini hanya melibatkan murid-murid tingkatan 1 sahaja.

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MOTO

"Berilmu Beramal"

SYARAT PERMOHONAN

  • Mendapat 5A dalam UPSR dan 7A dalam UPSRA.
  • Mempunyai kebolehan membaca Al-Quran dan menulis jawi dengan baik.
  • Lulus temuduga kemasukan yang telah ditetapkan oleh sekolah.
  • Bagi golongan Asnaf yang berdaftar dengan Baitulmal, mendapat sekurang-kurangnya 3A dalam UPSR dan 5A dalam UPSRA.

KEMUDAHAN

  • Blok Akademik
  • Blok Asrama 10 Tingkat
  • Dewan Serbaguna
  • Auditorium
  • Perpustakaan
  • Makmal Komputer
  • Makmal Sains
  • Surau
  • Taman Riadah
  • Padang Bola Sepak
  • Gelanggang Futsal
  • Gelanggang Takraw

PROSEDUR PERMOHONAN

Semua permohonan hendaklah dilakukan secara online.

Rujuk laman web rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) atau Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (SPI JPWP) .

GALERI / VIDEO
sma1.jpgsma2.jpg

ALAMAT SMAMAIWPSekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP)Sekolah Kluster KecemerlanganNo. 2 Jalan Sri PermaisuriBandar Sri Permaisuri56000 CherasKuala Lumpur  No Telefon : 03-91713661No Faks : 03-91712661

pen smal

PENGENALAN

SMA MAIWP Labuan ditubuhkan atas cetusan idea Y.B Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dimaklumkan kepada mesyuarat di dalam program Semarak Rahmat Kasih pada 28 Mac 2010. Ia adalah merupakan tanda keperihatinan kerajaan dalam memenuhi hala tuju pendidikan Sekolah Rendah Agama Islam di Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak ke peringkat yang lebih tinggi. SMA MAIWP Labuan adalah merupakan cawangan SMA MAIWP Kuala Lumpur yang telah diwujudkan sejak tahun 2007. Lokasi SMA MAIWP Labuan bertempat di SMA MAIWP Labuan, Kampung Lubok Temiang, Peti Surat 81043, 87021 Wilayah Persekutuan Labuan.

VISIMenjadikan SMA MAIWP Labuan sebagai sebuah institusi pendidikan yang unggul dan cemerlang beraspirasikan Islam Wasatiyyah dalam bidang akademik, kokurikulum, kepimpinan dan sahsiah selaras dengan pendidikan negara.

MISI

  • SMA MAIWP Labuan berusaha memberikan pendidikan cemerlang, terbaik dan berkesan dengan :-
  • Memberi pendidikan agama kepada semua pelajar Islam di Wliayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak.
  • Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran berasaskan sistem pendidikan negara.
  • Menyediakan prasarana belajar yang kondusif, ceria, indah dan selamat.
  • Melahirkan pelajar yang berilmu, bertaqwa, berketerampilan dan berakhlak cemerlang bagi menjana transformasi pendidikan yang berkesan dan mapan ke arah melahirkan  ahli agama, ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi agama, bangsa dan negara.

MOTOBerilmu & Beramal

OBJEKTIF

  • Memberi peluang lulusan Ujian Penilaian Sijil Rendah Agama (UPSRA) / Sijil Rendah Ugama (SRU) / Lulus Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi menyambung pelajaran di peringkat menengah.
  • Menampung permintaan masyarakat Islam yang berminat menghantar anak-anak yang mempunyai keputusan cemerlang dalam UPSR dan UPSRA / SRU / UPKK ke sekolah aliran agama.
  • Menampung tempat permintaan yang tidak dapat dipenuhi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

KELEBIHAN

  • Pelajar SMA MAIWP Labuan akan menerima bantuan persekolahan am kepada mereka yang layak.
  • Pelajar akan menginap di asrama yang telah disediakan tanpa ada sebarang bayaran.
  • Penyediaan bas pergi dan balik dari asrama ke sekolah secara percuma setiap hari termasuk aktiviti-aktiviti program luar.
  • Makan dan minum disediakan 5 kali setiap hari tanpa sebarang bayaran.
  • Pelajar akan berpeluang mengikuti pengajian subjek Akademik dan subjek Ad-Dinni Islami
  • SMA MAIWP Labuan berorentasikan Sekolah Menengah Berasrama Penuh Aliran Agama yang pertama di Wilayah Persekutuan Labuan.

SYARAT PERMOHONAN

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja. Keutamaan pelajar-pelajar daripada Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah & Sarawak.
  • Berumur 12 tahun pada tahun semasa permohonan.
  • Mendapat keputusan minimum 3A 2B dalam UPSR dan 4A 4B dalam UPSRA atau Jayyid dalam SRU atau 4A 4B dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun semasa.
  • Lulus ujian kelayakan kemasukan yang ditetapkan oleh SMA MAIWP Labuan.
  • Menguasai pembacaan Al-Quran dengan baik.
  • Menguasai asas-asas dalam Bahasa Arab.
  • Mempunyai kebolehan dalam menulis dan membaca Tulisan Jawi dengan baik.
  • Berakhlak mulia serta beradab sopan.
  • Tidak mempunyai penyakit kronik.

KEMUDAHAN

PROSEDUR PERMOHONAN

GALERI / VIDEO

ALAMAT Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan LabuanKg. Lubok TemiangPeti Surat 8104387021 Wilayah Persekutuan Labuan No. Tel       : 087-466332No. Faks  : 087-466334

 

pen smista

SMISTA2

PENGENALAN Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) mula beroperasi pada 3 Januari 2011 di bangunan sementara iaitu berkongsi bangunan Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA MAIWP) di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur dengan pengambnilan pelajar seramai 55 orang. Penubuhan SMISTA sebagai sekolah akademik dan tahfiz yang pertama di Wilayah Persekutuan ini adalah hasil Mesyuarat MAIWP Kali Ke-94 pada 27 Julai 2009. Penubuhannya adalah untuk memenuhi permintaan dan kehendak masyarakat yang telah sekian lama ingin melihat agar wujudnya sebuah sekolah agama integrasi sains & tahfiz di peringkat Wilayah Persekutuan, terutamanya di Kuala Lumpur. Dasar yang dilaksanakan di sekolah ini adalah berteraskan 2 kurikulum iaitu Kurikulum Perdana dan Kurikulum Tahfiz. Pada 6 Ogos 2014, MAIWP menanda tangani perjanjian persefahaman dengan Kementerian Pendidikan Malaysia menjadikan SMISTA sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga hari ini, jumlah pelajar SMISTA adalah seramai 296 orang manakala bilangan guru seramai 30 orang dan 7 orang staf. VISI Membentuk generasi Al-Quran yang intelek bertaqwa dan berdaya saing dalam era globalisasi MISIMembangunkan potensi diri secara menyeluruh ke arah pemurnian jiwa selaras dengan prinsip Al-Quran dan Al-Sunnah untuk melahirkan generasi rabbani yang seimbang MOTOIntelek, Dinamik, Quranik OBJEKTIF

  1. Melahirkan individu Muslim yang berilmu, berkemahiran tinggi, beriman, bertaqwa dan bertanggung jawab kepada agama, bangsa dan negara.
  2. Melahirkan individu Muslim yang mempunyai daya tahan dan daya juang yang tinggi untuk membangunkan ummah dan menegakkan keagongan dan kesucian Islam.
  3. Melahirkan generasi Ulul Albab yang memahami dan sentiasa menghayati tuntutan Al-Quran dalam segenap aspek kehidupan.
  4. Melahirkan modal insan kelas pertama yang cemerlang bukan sahaja di dunia mahupun di akhirat.
SYARAT PERMOHONAN
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Dilahirkan di Wilayah Persekutuan. Peruntukan 10% dibuka kepada para pelajar luar daripada Wilayah Persekutuan.
  3. Minat dan mahir dalam Pengajian Al-Quran, tilawah dan hafazan.
  4. Pencapaian 5A dalam UPSR atau minimum 4A 1B, 5A atau Mumtaz dalam UPSRA/PSRA dan yang setara dengannya.
  5. Bagi anak asnaf penerima bantuan bulanan Baitulmal MAIWP, syarat minimum untuk kemasukan adalah sekurang-kurangnya UPSR 3A atau Jayyid Jiddan dalam UPSRA/PSRA.
  6. Lulus ujian bertulis dan syafawi.
KEMUDAHAN
  • Blok Akademik
  • Blok Asrama
  • Dewan Serbaguna
  • Perpustakaan
  • Makmal Komputer
  • Makmal Sains
  • Surau
  • Taman Riadah
  • Padang Bola Sepak
  • Gelanggang Futsal
  • Gelanggang Takraw
PROSEDUR PERMOHONAN
  1. Mengisi borang permohonan kemasukan SMISTA dengan lengkap secara atas talian.
  2. Menghantar borang yang lengkap berserta dokumen yang diperlukan sebelum tamat tarikh permohonan.
  3. Menghadiri sesi temuduga (ujian hafazan dan ujian bertulis) bagi yang layak.
GALERI / VIDEO
ALAMATSekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA)D/A Masjid Saidina Othman Ibn AffanJalan Budiman, Bandar Tun Razak,56000 CherasKUALA LUMPUR No. Tel : 03-9171 1005No. Faks : 03-9171 1499

pen pma

PMA

PENGENALAN

Idea penubuhan Pondok Moden Al-'Abaqirah (PMA) telah dicetuskan oleh Sahibul Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al- Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan untuk melahirkan cendekiawan Islam yang mahir dalam ilmu agama dan ilmu duniawi. 

Mesyuarat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kali ke 131 bil. 1/2015 pada 23 Mac 2015 bertempat di Masjid Wilayah Jalan Duta telah meluluskan penubuhan Pondok Moden Al-'Abaqirah.

Majlis Pelancaran Pondok Moden Al-'Abaqirah telah dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 1 Julai 2015.

PMA telah mula beroperasi secara rasminya pada 16 Ogos 2015 di Bangunan Darul Hidayah, Kg. Baru dengan jumlah bilangan pelajar seramai 44 orang. Pada 2 Februari 2016, PMA menerima kemasukan pelajar kali ke-2 seramai 108 orang. Bagi menampung bilangan pelajar yang meningkat PMA telah berpindah ke Bangunan Kompleks Darul Kifayah di Koperasi Polis, Fasa 2 Batu Caves, Kuala Lumpur. Pembangunan PMA pada masa akan datang akan dilaksanakan di tapak milik MAIWP di Setiawangsa. Pada masa ini, pelajar PMA mempunyai seramai 205 orang yang mengikuti kelas pengajian di tahun 1 ,tahun 2 dan tahun 3.

Pondok ini dinamakan Moden Al-'Abaqirah berasaskan kepada perkataan Al-'Abaqirah dalam bahasa arab yang bererti abqari iaitu genius atau teramat pintar. Antara ciri-ciri abqari itu ialah kecerdikan yang luar biasa, pantas membuat keputusan, tekun dan teliti dalam sebarang tindakan, memahami hikmah dan maslahat. Begitu juga sentiasa melihat dalam bentuk yang lebih luas dan jelas. Harapannya agar pelajar yang melalui sistem pembelajaran di pondok ini akan dapat menjadi tokoh ilmuan Islam yang benar-benar genius dan bijaksana. Hal ini akan dapat direalisasikan apabila paduan kerjasama yang erat antara guru, pentadbir dan juga pelajar disamping ibu bapa yang mahu mencipta kejayaan dengan masing-masing mengembeling seupaya tenaga, ilmu dan pemikiran untuk menzahirkannya. FALSAFAH  Mewujudkan pelajar yang penuh keilmuan dengan ketaqwaan serta memiliki akhlak yang unggul dan berprofesionalisme. VISI

Melahirkan tokoh yang benar-benar berwibawa dan pakar rujuk dalam pelbagai bidang ilmu agama. MISI Menjadikan pendidikan pondok terbaik yang mampu melahirkan golongan Al-’Abaqirah yang menguasai pelbagai disiplin ilmu dan pendidikan yang bersepadu. MOTTO "Taqwa, Bijaksana, Keluhuran Peribadi"

OBJEKTIF

Penubuhan PMA memfokuskan kepada objektif seperti berikut :

  1. Melahirkan ulama’ rabbani yang pakar dalam bidang agama dan kehidupan.
  2. Mengisi kepakaran Islam dalam pelbagai disiplin ilmu seperti syariah, akidah, akhlak (tasawuf), muamalat dan lain-lain. Disamping mengkaji kitab-kitab turath dalam bentuk transformasi dan     moden.
  3. Melahirkan “faqih yang bersifat pendakwah dan pendakwah yang bersifat faqih” agar keperluan mengkaji kitab-kitab turath dalam bentuk tranformasi dan moden dan dalam saat yang sama mementingkan sahsiah dan ilmu para ulama’ terdahulu agar keberkatan ilmu sentiasa wujud.
  4. Sebagai barisan pelapis kepada Ashab Al-Samahah Mufti, hakim syarie dan juga pakar rujuk di Malaysia dan negeri-negeri amnya.
  5. Mengemukakan di pentas dunia Islam dan dunia watak sahsiah dan ilmiah seperti Dr. Yusuf al-Qaradawi, Maulana Abi Hassan al-Nadwi, Dr. Wahbah al-Zuhaili dan lain-lain yang menjadi bintang dan pelita kepada ummah pada masa kini.
SYARAT PENGAMBILAN

Syarat pengambilan terbuka kepada lepasan pelajar tingkatan 4 yang telah menduduki peperiksaan PT3 atau setaraf dengannya. Antara syarat berikut adalah:

  1. Pelajar lelaki berwarganegara Malaysia (pelajar, ibu bapa atau penjaga mestilah memiliki kewarganegaraan Malaysia),atau
  2. Keutamaan adalah bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan, dan
  3. Pemohon berumur 16 tahun pada tahun pengajian tingkatan 4, dan
  4. Pemohon hendaklah mendapat sekurang-kurangnya 7A dalam PT3 (Gred A dalam matapelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab), atau
  5. Menghafaz 15 juzuk Al-Quran dan
  6. Berminat dalam pengajian turath ‘arabi dan turath jawi
  7. Memiliki akhlak dan keperibadian yang baik
  8. Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum
  9. Pemohon yang layak akan dipanggil temuduga
  10. Lulus ujian temuduga lisan dan bertulis
SISTEM PENGAJIAN

Pengajian PMA mempunyai 8 semester dalam tempoh pengajian 4 tahun. Jadual pengajian bermula seawal 5.00 pagi sehingga 11.00 malam.

PMA menggunakan 4 kurikulum utama iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Turath Arabi, Turath Jawi dan Hafazan Al-Quran.

Antara kitab pengajian yang digunapakai adalah seperti berikut:

1. Turath Arabi

  • Al-Hikam Wa Al-Amthal
  • Al-Insya' Wa Al-Imla'
  • Durus Al-Lughah Al- Arabiyyah
  • Matan Al-Ajrumiyyah
  • Matan Al-Bina'
  • Al-Ba'ith Al-Hasis
  • Mulakhos Qawa'id Al-Lughoh Al-Arabiyyah
  • Al-Warakat
  • Tafsir Al-Jalalain
  • Matan Abi Syuja'
  • Mukhtashor Ibn Abi Jamrah
  • Nuzhah Al-Nazor
  • Aqidah Al-Nawwam
  • Manzumah Baiquniah

2. Turath Jawi

  • Matan Al-Arba'in Al-Nawawiyyah
  • Hidayah Al-Salikin
  • Bidayatul Hidayah (Akhlak)
  • Ayyuhal Walad
  • Tuhfah Al-Sibyan
  • Bidayatul Hidayah (Tauhid)
  • Riyadhussolihin
  • Tanbih Al-Ghafilin
  • Muniyatul Musholli
  • Sairus Salikin
  • Bahrul Mazi
  • Furu Al-Masail
  • Penawar Bagi Hati
  • Pelita Penuntut
KEMUDAHAN PMA berkonsepkan sekolah berasrama penuh yang menyediakan kemudahan seperti berikut: 1. Kelas pengajian yang kondusif. 2. Kemudahan asrama yang lengkap. 3. Perpustakaan untuk rujukan para pelajar. 4. Kemudahan dewan serbaguna untuk aktiviti pelajar 5. Surau Jumaat yang memuatkan 750 orang jemaah.
PROSEDUR PERMOHONAN
  1. Mengisi borang permohonan kemasukan PMA dengan lengkap secara atas talian.
  2. Menghantar borang yang lengkap berserta dokumen yang diperlukan sebelum tamat  tarikh permohonan.
  3. Menghadiri sesi temuduga (ujian bertulis dan ujian lisan) bagi yang layak.
GALERI / VIDEO
pma1.jpgpma2.jpgpma3.jpgpma4.jpgpma5.jpgpma6.jpgpma7.jpgpma8.jpgpma9.jpg

ALAMAT DKPondok Moden Al-'AbaqirahD/A Kompleks Darul KifayahLot 28188, Jalan 36/10,Taman Koperasi Polis Fasa 2Batu Caves68100 KUALA LUMPUR

PENGENALAN
  1. Idea asal cadangan penubuhan Ma'alim Al-Sunan Li Dirasati Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (MSN) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dicetuskan oleh Sahibul Samahah Datuk Mufti Wilayah Persekutuan. Selain itu ia merupakan permintaan sebilangan besar daripada masyarakat dan juga hasrat beliau untuk melahirkan cendekiawan Islam yang pakar dalam ilmu Hadis.
  2. Pada bulan Jun 2016, Sahibul Samahah Datuk Mufti Wilayah Persekutuan telah mengadakan lawatan awalnya ke Madinah al-Munawwarah bagi menziarahi Pakar Hadis Sheikh ‘Allamah Muhammad ‘Awwamah. Dan begitu juga pada bulan Julai 2016 beliau telah bertemu dengan pakar Hadis Pakistan iaitu Maulana Zulfiqar di Kuala Lumpur bagi membincangkan penubuhan Markaz Sunnah Nabawiyah.
  3. Disamping itu, SS. Datuk Mufti telah mengadakan sesi lawatan dan perbincangan bersama tokoh-tokoh Hadis di Malaysia seperti Dr. Fauzi Deraman, bekas pensyarah Universiti Malaya, Sheikh Tawfiq Dhamrah yang juga merupakan pakar di dalam bidang al-Quran yang berasal daripada Jordan serta beberapa tokoh-tokoh yang lain. Disamping itu, beliau sempat melawat ke madrasah Sri Petaling bagi melihat pembelajaran ilmu hadis yang dijalankan disana.
  4. Hasil daripada lawatan dan perbincangan tersebut, cadangan penubuhan Ma'alim Al-Sunan Li Dirasati Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (MSN) ini telah dibentangkan di dalam Mesyuarat MAIWP Kali ke-137 Bil. 3/2016 yang bersidang pada 30 September 2016.
  5. Mesyuarat pada dasarnya telah bersetuju dengan cadangan penubuhan Ma'alim Al-Sunan Li Dirasati Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (MSN) disamping menambahbaik lagi sistem pembelajaran sedia ada.
VISI

MISI

OBJEKTIF PENUBUHAN
  • .

KONSEP PELAKSANAAN PENDIDIKAN MA'ALIM AL-SUNAN LI DIRASATI AL-SUNNAH AL-NABAWIYYAH (MSN)

  • Pendidikan yang menggabungkan turathi (konvensional) dengan nazori dan praktikal yang bersifat waqi'ie dan semasa. Secara asasnya pendidikan di Ma'alim Al-Sunan Li Dirasati Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (MSN)  mengandungi 3 komponen utama iaitu:
  1. Pengajian Hadis dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya;
  2. Hafazan hadis-hadis pilihan; dan
  3. Pengajian kitab-kitab hadis moden dan tafsir
  4. Kurikulum yang bercorak integratif ini akan melahirkan insan-insan soleh, musleh, tidak ketinggalan dalam arus perdana dan dalam masa yang sama mampu menjadi rujukan kepada masyarakat dalam ilmu Hadis dan Sunnah.
SYARAT PERMOHONAN
  • Terbuka kepada pelajar Tingkatan 5 yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya atau yang diperakukan oleh Lajnah Ma'alim Al-Sunan Li Dirasati Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (MSN) .
  • Syarat-syarat adalah seperti berikut:
  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur di antara 17 hingga 19 tahun.
  3. Pengambilan hanya terbuka untuk lelaki sahaja.
  4. Pemohon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 4A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) *Gred B dalam matapelajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Islam ATAU
  5. Menghafaz sekurang-kurangnya 15 juzuk daripada Al-Quran DAN
  6. Keutamaan diberikan kepada pemegang Sijil Tamat Hafazan Al-Quran 30 Juzuk daripada mana-mana institusi yang diperakukan.
muatturun
PROSEDUR PERMOHONAN
PENGAMBILAN TERHAD KEPADA 60 ORANG PELAJAR SAHAJA.
PERHATIAN :Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Kaunter Khidmat Pelanggan MAIWP di Aras 1, Bangunan PERKIM atau melalui pos ke alamat berikut :
Pengurus,
Bahagian Pembangunan Insan,
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ,
Aras 1, Bangunan PERKIM, No. 150, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur
** Tulis pada sebelah kiri sampul "MA'ALIM AL-SUNAN LI DIRASATI AL-SUNNAH AL-NABAWIYYAH (MSN)"
KEMUDAHAN
GALERI / VIDEO
ikb1.jpgikb10.jpgikb2.jpgikb3.jpgikb5.jpgikb6.jpgikb7.jpgikb8.jpgikb9.jpg
ALAMAT Ma'alim Al-Sunan Li Dirasati Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (MSN) Sebarang Pertanyaan boleh hubungi En. Khairul Anwar Ahmad di talian:No Tel: 03-4047 9444 Ext : 571
pen ti
pelajar PENGENALAN

Tadika Islam telah diserahkan secara rasminya oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkuatkuasa pada 1 Januari 2009. Ini berdasarkan keputusan Mesyuarat MAIWP kali ke-104 tahun 2008. Serentak dengan itu, 78 buah tadika islam iaitu 74 buah di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta 4 di Wilayah Persekutuan, Labuan ditadbir secara langsung oleh MAIWP.

 Majlis penyerahan secara rasminya telah disempurnakan pada 18 Mac 2009 yang disempurnakan oleh YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP ketika itu. Simbolik penyerahan ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Meharomi bin Haji Muhamad, Timbalan Pengarah (pengurusan) JAWI kepada YBhg. Tuan Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

OBJEKTIF

 Objektif penubuhan Tadika Islam adalah seperti berikut:

1. Melaksanakan program pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun dengan mengguna pakai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

2. Menyediakan suasana pembelajaran yang berorientasikan "Belajar Melalui Bermain" (learning through play) dalam usaha mengembangkan kemahiran asas dan potensi kanak-kanak dalam segala aspek perkembangannya sebagai persediaannya untuk memasuki alam persekolahan yang sebenar (formal).

3. Memupuk dan melengkapkan sifat peribadi (sahsiah), perwatakan dan konsep diri yang positif serta mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan kanak-kanak.

4. Melahirkan generasi ulul albab yang cemerlang dan mempunyai sahsiah mulia di masa hadapan selaras dengan pembentukan modal insan yang berkualiti.

WAKTU OPERASI Sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) adalah 5 hari seminggu, mengikut penggal persekolahan. Waktu PdP adalah 4 jam. Terdapat 6 sesi pembelajaran seperti berikut :
  • Sesi 1 : 8.00 pagi – 12.00 tengahari
  • Sesi 2 : 10.30 pagi – 2.30 petang
  • Sesi 3 : 11.00 pagi – 3.00 petang
  • Sesi 4 : 11.30 pagi – 3.30 petang
  • Sesi 5 : 2.00 petang – 6.00 petang
  • Sesi 6 : 2.15 petang – 6.15 petang

LOKASI

Terdapat 6 Zon Tadika Islam MAIWP diseluruh Wilayah Persekutuan iaitu:

  1. Zon Bandar Tun Razak (Putrajaya)
  2. Zon Titiwangsa
  3. Zon Bangsar
  4. Zon Setapak
  5. Zon Batu
  6. Zon Labuan

KURIKULUM & KO-KURIKULUM

KURIKULUM

Skop kurikulum berpandukan kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Terdapat 6 tunjang (subjek) utama iaitu:

  • Komunikasi
  • Kerohanian, Sikap dan Nilai
  • Kemanusiaan
  • Literasi Sains dan Teknologi
  • Fizikal dan Estetika
  • Ketrampilan Diri
  • Pengajian Al-Quran, Bahasa Arab dan Tulisan Jawi (nilai tambah kepada Kurikulum Tadika Islam MAIWP bagi melahirkan generasi Ulul Albab)
KO-KURIKULUM

Aktiviti Mingguan

  • Kelas Fardhu Ain (Iqra’)
  • Kelas Bahasa Inggeris
  • Kelas Muzik Islam

Aktiviti Tahunan

  • Lawatan Sambil Belajar
  • Karnival Sukan (Potensi & Kebolehan)
  • Hari-Hari Kebesaran Islam
  • Festival Kesenian & Kebudayaan Islam (FKKI)
  • Majlis Penganugerahan Pelajar Cemerlang Tadika Islam
  • Mini Konvokesyen
PENDEKATAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
  • Belajar Melalui Bermain
  • Pendekatan Bertema
  • Pendekatan Bersepadu
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Pengelolaan Pengajaran dan Pembelajaran
  • Aktiviti Kelas
  • Aktiviti Kumpulan
  • Aktiviti Individu
GALERI / VIDEO
ti1.jpgti2.jpgti3.jpgti5.jpgti6.jpg

pen tdh

taska

PENGENALAN

Pembangunan modal insan merupakan perkara yang diberi penekanan oleh MAIWP. Ia merupakan titik permulaan dalam bidang pendidikan yang telah diaturkan oleh MAIWP untuk melahirkan generasi Ulul- Albab dengan mengambil pendekatan agama sebagai asas teori dan praktikal dalam membentuk peribadi muslim seawal usia 2 hingga 4 tahun. 

Bermula dengan nama Pusat Asuhan Kanak-kanak Islam, ia mula beroperasi pada 1 Disember 1996 di bangunan pejabat lama Institut Kemahiran Baitulmal (IKB), Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Penubuhannya adalah hasil cetusan idea YB. Dato' Dr. Abdul Hamid bin Othman, Pengerusi MAIWP pada masa itu. Pada awal penubuhannya Taska Darul Hannan diletakkan di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan seterusnya diserahkan kepada MAIWP pada tahun 2008.

Pada 22 November 2007, Mesyuarat MAIWP Kali Ke-102 Bil. 4/2007 telah bersetuju menubuhkan satu lagi Taska Darul Hannan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Taska ini telah beroperasi pada 1 Julai  2009 dan telah dirasmikan oleh YB. Senator Dato' Dr. Masitah binti Ibrahim, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada 25 Februari 2010.

SYARAT PENGAMBILAN

Syarat pengambilan seperti berikut: 1. Warganegara Malaysia 2. Beragama Islam 3. Berumur 2 hingga 4 tahun 4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan.

WAKTU OPERASI Waktu beroperasi Taska Darul Hannan adalah seperti berikut: Hari   : Isnin – Jumaat Masa : 7.30 pagi – 5.30 petang Tutup : Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

KEMUDAHAN Taska Darul Hannan dilengkapi dengan kemudahan seperti berikut: 1. Kemudahan Taman Permainan Mini bagi merangsang perkembangan kanak-kanak. 2. Sudut Audio Visual bagi proses pengajaran & pembelajaran kanak-kanak. 3. Alat Permainan Bertema untuk aktiviti pembelajaran kanak-kanak. 4. Kemudahan komputer dan perisian yang sesuai untuk kanak-kanak.

KURIKULUM

Taska Darul Hannan menggunapakai Kurikulum Bersepadu merangkumi Kurikulum PERMATA, Modul Asas Asuhan Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarat disamping Modul Pendidikan Islam Taska Darul Hannan mulai 1 Julai 2009.

Kurikulum Bersepadu ini menyediakan pelbagai aktiviti dan kemudahan pendidikan bagi memastikan perkembangan kanak-kanak yang seimbang dari segi duniawi dan ukhrawi. Kurikulum bersepadu ini yang dirangka bagi memenuhi perkembangan kanak-kanak secara lebih menyeluruh merangkumi perkembangan fizikal, bahasa, kognitif serta sosio-emosi tanpa mengabaikan nilai-nilai murni serta perkembangan sosial kanak-kanak. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:

  • Belajar Melalui Bermain.
  • Menonton CD/TV (bersesuaian untuk kanak-kanak).
  • Literasi Komputer (bersesuaian untuk kanak-kanak).
  • Hafazan Surah-Surah Lazim dan Doa-Doa Harian.
  • Pendidikan Asas Fardhu Ain (Akhlak, Ibadah, Aqidah, Sirah).
  • Aktiviti Kreatif dan Kesenian.
  • Pendedahan kepada Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris (Asas).
GALERI / VIDEO
tdh1.jpgtdh2.jpgtdh3.jpgtdh4.jpgtdh5.jpgtdh6.jpg

ALAMAT

Taska Darul Hannan beroperasi di alamat berikut:

Taska Darul Hannan (cawangan Masjid Wilayah)   Taska Darul Hannan (cawangan Institut Kemahiran Baitulmal)
Masjid Wilayah PersekutuanAnjung D, Jalan Duta50480 KUALA LUMPURNo. Tel : 03-62013339 No. Faks : 03-62012229      Lot 1363, Jalan Perkasa Off Jalan kampong PandanTaman Maluri55100 KUALA LUMPURNo. Tel : 03-92810312

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP