INSTITUSI PERLINDUNGAN

Saiz Tulisan :

per di

PROSEDUR PERMOHONAN

  • Mengisi borang kemasukan (boleh dimuat turun di laman web MAIWP atau di pejabat Darul Ilmi, Kg Sg Penchala)
  • Menghantar borang yang telah lengkap diisi ke pejabat Darul Ilmi.
  • Permohonan akan disemak dan panggilan temuduga kepada calon yang layak.
  • Calon yang berjaya di dalam temuduga sahaja akan ditawarkan pengajian di Darul Ilmi.
  • [ PENDAFTARAN KEMASUKKAN ]

MATAPELAJARAN & KITAB
Matapelajaran       Kitab Rujukan
Feqah :   Fiqh Manhaji
Tasawwuf  :   Kitab Hikam & Rawatan Rohani
Hadith  :   Kitab Bahrul Mazi & Syamail Muhammadiah
Tafsir  :   Kitab Tafsir Munir
Adab & Akhlak    :   Kitab Bidayah Wal Hidayah
Perubatan Islam  :   Rawatan Penyakit Rohani
Fiqh Ibadah   :   Kitab Saihatun Najah
Tauhid  :   Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Bahasa Arab :   Al-Muhadathah Al-Arabiyyah
Tajwid  :   Tajwid Ilmi dan Amali
     
     
     
     
     
     
     
     
     

AKTIVITI HARIAN

  • Solat secara berjemaah
  • Kelas marhaban, berzanji dan tarannum
  • Qiyamullail setiap bulan
  • Ceramah sempena hari-hari kebesaran dalam Islam
  • Menerima kunjungan lawatan daripada institusi lain
  • Lawatan ke pusat pengajian warga emas yang lain
  • Puasa sunat Isnin dan Khamis bagi yang mampu
GALERI / VIDEO
di1.jpgdi2.jpgdi3.jpgdi4.jpgdi5.jpgdi6.jpg

ALAMAT

Pusat Pengajian Darul Ilmi
Lot 43760A, Jalan Sri Penchala 1
Kampung Sungai Penchala
60000 KUALA LUMPUR

No. Tel: 03-7722 3263No. Faks: 03-7722 1436

per dar

PENGENALANDS 02.1

Pusat Perlindungan Darul Islah atau Dar Assaadah telah ditubuhkan pada 26 Januari 1988 yang bertujuan memberi perlindungan kepada wanita-wanita yang sedang menghadapi masalah seperti mengandung anak luar nikah dan terjebak dalam masalah gejala sosial. Kemudiannya ia ditukar kepada Kompleks Dar Asssaadah secara rasminya pada tahun 2001. Dar Assaadah diitadbir berdasarkan Kaedah Dar Asssaadah yang diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara pada 2 Ogos 1990.

Dar Assaadah mula beroperasi pada November 1989 di sebuah blok kediaman di Taman Bukit Anggerik, Cheras, Kuala Lumpur dengan kemasukan 2 orang pelatih dan bertambah sehingga 9 orang pelatih. Operasi Dar Assaadah melalui beberapa proses perpindahan iaitu di rumah banglo di No. 19, Jalan Gurney 3, Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada tahun 1996, kemudiannya di Taman koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves, Kuala Lumpur pada tahun 2000 dan pada 4 Februari 2008, operasi Dar Assaadah ditempatkan di sebuah kompleks milik MAIWP di Kg. Delima Jalan Jambu Laut, Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Kompleks ini dapat menampung 60-80 pelatih pada satu-satu masa.

Para pelatih Dar Assaaadah ditekankan dengan didikan agama yang merangkumi fardhu ain dan fardhu kifayah serta kursus kemahiran yang disediakan oleh pihak pengurusan Dar Assaaadah. Pelatih-pelatih yang menunjukkan prestasi yang baik berpeluang menyambung pengajian di Institut Kemahiran Baitulmal yang menawarkan kursus kemahiran yang diiktiraf.

VISI

Peneraju institusi perlindungan yang unggul dan cemerlang di dalam pengurusan yang berteraskan Islam.

MISI

Menyediakan tempat perlindungan sementara yang kondusif dan kemudahan pendidikan yang sempurna kepada golongan sasaran dalam usaha melahirkan individu muslim yang berakhlak mulia dan berketerampilan.

MOTTO

"Kami Datang Dengan Harapan, Kami Pulang Dengan Kajayaan"

OBJEKTIF

  • Menyediakan Pusat Perlindungan Sementara Kepada Wanita Yang Teraniaya.
  • Memberi Didikan Agama dan Bimbingan Kerohanian Bagi Pembentukan Shahsiah Yang Mulia.
  • Memberi Latihan Kemahiran Sebagai Satu Usaha Melengkapkan Diri Dengan Kemahiran Tertentu.

TEMPOH PERLINDUNGAN

Kemasukan ke Dar Assaadah adalah secara sukarela dan pelatih yang diterima akan menetap selama 2 tahun dari tarikh melaporkan diri.

KEMUDAHAN

  • 8 unit kuarters kakitangan
  • Blok pentadbiran
  • Penginapan berkonsepkan asrama dengan kawalan keselamatan dan kemudahan makan minum serta keperluan harian pelatih.
  • Kelas pengajian yang selesa.
  • Dewan Serbaguna.
  • Bengkel Jahitan & Masakan.
  • Mini gimnasium
  • Padang Bola Jaring.
  • Menyediakan pakaian uniform dan sukan sepanjang tempoh perlindungan.
  • Menjaga kebajikan kesihatan penghuni dengan merujuk kepada klinik dan hospital kerajaan.
  • Membuat pemeriksaan berkala di klinik dan hospital kerajaan bagi penghuni yang mengandung sehingga bersalin.
  • Menyediakan perkhidmatan taska bagi anak pelatih.

PROSEDUR KEMASUKAN

  • Khas bagi permohonan wanita dan gadis yang berusia 18 tahun hingga 35 tahun dengan cara sukarela.
  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia
  • Permohonan mestilah dibuat secara bersurat.
  • Setiap permohonan akan dinilai melalui satu proses temuduga/sesi soal siasat sebelum diluluskan.
  • Setiap permohonan yang diluluskan dikehendaki membayar wang deposit kemasukan sebanyak RM500. Deposit akan dikembalikan setelah cukup tempoh 2 tahun.
  • Bebas daripada penyakit seperti HIV, Tibi, gangguan mental dan lain-lain penyakit berbahaya.   

GALERI / VIDEO
da1.jpgda2.jpgda3.jpgda4.jpgda5.jpgda6.jpg

ALAMAT
Kompleks Dar Assaadah
Kampung Delima Jalan Jambu Laut
Batu 5, Jalan Ipoh
52000 KUALA LUMPUR
No. Tel : 03- 6257 0960 / 6864No. Faks : 03- 62581254

per dk

DK

PENGENALAN

Darul Kifayah telah ditubuhkan pada tahun 1983. Ia bertujuan bagi menjaga kesejahteraan anak yatim, saudara baru dan pelajar-pelajar miskin dengan mengadakan tempat kediaman sementara, memberi bimbingan agama dan akhlak dan mengadakan kemudahan pendidikan yang sempurna.

Darul Kifayah mula beroperasi di Kampung Batu, Batu 5, Jalan Ipoh. Pada tahun 1992, Darul Kifayah telah dipindahkan buat sementara dari Kampung Batu ke Taman Bukit Anggerikk, Cheras bagi membolehkan pembinaan bangunan baru dilaksanakan.

Kompleks ini kemudiannya dipindahkan semula ke Kampung Batu mulai Oktober 1993 setelah projek pembinaan siap. Perasmian bangunan baru Darul Kifayah telah dirasmikan oleh YAB. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad (kini Tun), Perdana Menteri Malaysia Ke-4 pada 5 Januari 1996.

Pada 17 Disember 2007, Darul Kifayah telah berpindah ke premis MAIWP di Lot 28188, Jalan 36/10, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur yang beroperasi sebagai Dar Assaadah. Perpindahan dibuat bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat. Kompleks ini siap dibina pada awal tahun 1999 dan mampu menampung sehingga 500 orang penghuni.

Darul Kifayah telah dinaiktaraf infrastrukturnya dengan pembinaan blok baru termasuk Surau Jumaat. Pembangunan ini dibuat bagi memberi keselesaan dan mampu menampung sehingga 750 orang jemaah.

VISI
Menyediakan penempatan sementara yang kondusif dan kemudahan pendidikan yang sempurna kepada golongan sasaran dalam usaha untuk melahirkan individu muslim yang berakhlak mulia dan berketerampiran.

MISI
Menjadi sebuah rumah perlindungan contoh diseluruh Malaysia dan bertaraf dunia.

 

SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia
  • Beragama Islam
  • Berumur di antara 11 hingga 17 tahun
  • Masih bersekolah dan mempunyai latarbelakang akademik yang baik
  • Mempunyai tingkahlaku dan akhlak yang baik
  • Tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah
  • Tidak mempunyai rekod jenayah atau salahlaku akhlak
  • Tidak mempunyai kecacatan mental

KEMUDAHAN

  • Blok Pentadbiran
  • Blok Akademik
  • Blok Penginapan Pelajar Lelaki
  • Blok Penginapan Pelajar Perempuan
  • Dewan Serbaguna yang dapat menampung 1000 orang
  • Makmal Komputer
  • Perpustakaan 
  • Surau Jumaat
  • Blok Kuarters Kakitangan 5 tingkat (20 unit)
  • 5 Unit Kuarters Kakitangan
  • Post Kawalan Keselamatan
  • Padang Permainan
  • Padang Bola Jaring
  • Gelanggang Badminton & Takraw
  • Pembiayaan kos persekolahan yang menyeluruh
  • Makan Minum Harian
  • Pengangkutan pergi balik sekolah
  • Bantuan pakaian Hari raya
  • Bantuan perubatan dan lain-lain

PROSEDUR PERMOHONAN

  • Mengisi borang permohonan kemasukan Darul Kifayah dengan lengkap.
  • Menghantar borang yang lengkap berserta dokumen yang diperlukan sebelum tamat tarikh permohonan ke Pejabat Pentadbiran Darul Kifayah.
  • Menghadiri sesi temuduga bagi yang layak.
  • Surat tawaran hanya akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya sahaja.

GALERI / VIDEO
ALAMAT DK

Kompleks Darul Kifayah
Lot 28188, Jalan 36/10,
Taman Koperasi Polis Fasa 2
Batu Caves
68100 KUALA LUMPUR

No. Tel : 03- 6188 4844
No. Faks : 03- 6188 1844

per dqi

PENGENALAN

Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) Kampong Datok Keramat, Kuala Lumpur telah ditubuhkan pada tahun 2002. Pada awal penubuhannya, bilangan pelajar mempunyai seramai 40 orang yang terdiri dari kalangan keluarga miskin. Pada awal penubuhan pusat ini telah diusahakan oleh orang perseorangan di atas lot tanah yang beralamat di No.75, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur.

Di dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Kali Ke 131 Bilangan 1/2015 yang bersidang pada 23 Mac 2015 telah bersetuju untuk mengambil alih pengurusan DQI dan mengekalkan operasinya di bawah pihak pengurusan MAIWP.

Pada masa ini, jumlah pelajar DQI adalah seramai 50 orang pelajar lelaki (maksima) yang berumur antara 10 hingga 18 tahun. Mereka terdiri daripada anak-anak fakir dan miskin yang dikumpulkan dari seluruh Malaysia. Kehidupan harian mereka cukup sederhana.  Tahun pembelajaran adalah selama 5 tahun. Pelajar yang tamat pengajian boleh menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di institusi luar negara mahupun dalam Malaysia.

DQI mengutamakan hafazan Quran dan pengajian kitab-kitab turath yang diajar oleh 6 orang tenaga pengajar. Mereka menggunakan kaedah hafazan Darul Ulum Deoband.

SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia
  • Beragama Islam
  • Berumur di antara 10 hingga 18 tahun
  • Mempunyai tingkahlaku dan akhlak yang baik
  • Tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah
  • Tidak mempunyai rekod jenayah atau salahlaku akhlak
  • Tidak mempunyai kecacatan mental

KEMUDAHAN

  • Pejabat Pentadbiran
  • Kelas Pengajian
  • Asrama
  • Surau
  • Rumah guru
  • Pembiayaan kos makan minum harian
  • Pengangkutan

PROSEDUR PERMOHONAN

  • Mengisi borang permohonan kemasukan DQI dengan lengkap.
  • Menghantar borang yang lengkap berserta dokumen yang diperlukan sebelum tamat tarikh permohonan ke Pejabat Pentadbiran DQI.
  • Menghadiri sesi temuduga bagi yang layak.
  • Surat tawaran hanya akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya sahaja.

GALERI / VIDEO
ALAMAT
Darul Quran Ittifaqiyah
No.75, Jalan Keramat Hujung
Kampung Datuk Keramat
54000 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-42571323
No. Faks : -  

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP