• Daftar

Objektif, Visi dan Misi

OBJEKTIF
Membentuk dan mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang dinamis dan progresif yang sentiasa mencari keredhaan Allah. Memupuk keimanan dan mengukuhkan ukhuwwah Islamiah di kalangan orang-orang Islam di Wilayah Persekutuan khasnya dan Malaysia amnya bagi mencapai perpaduan ummah. Memperbanyakkan usaha-usaha kebajikan dan mencegah kemungkaran dalam masyarakat Islam. Melaksanakan usaha-usaha menambah harta MAIWP melalui pelaburan dan usaha-usaha halal yang lain bagi faedah umat.


VISI
Peneraju dalam pembangunan dan kesejahteraan ummah


MISI
Merealisasikan agenda pembangunan ummah secara terancang dan menyeluruh


SLOGAN
Memacu Kegemilangan Ummah


STRATEGI

  • Menyediakan kemudahan pendidikan agama yang secukupnya bagi keperluan umat Islam.
  • Menyediakan kemudahan tempat-tempat beribadat secukupnya bagi keperluan umat Islam.
  • Meluas, meninggikan mutu perkhidmatan dan kebajikan agama.
  • Memperluaskan kegiatan dakwah termasuk membantu dan memandu kegiatan badan-badan dakwah.
  • Memperbanyak dan memajukan tanah-tanah wakaf.
  • Mempertingkatkan kegiatan kutipan zakat.
  • Menguatkuasakan segala aspek undang-undang pentadbiran agama Islam.
  • Mempertingkatkan kegiatan ekonomi dalam bidang perniagaan, pembangunan dan pelaburan.

 

Share