• Daftar

Agihan Zakat

AGIHAN ZAKAT

01. Jenis Skim Bantuan Zakat

BIL.

SKIM BANTUAN

SYARAT KHUSUS

1.

Bantuan Kewangan Bulanan

2.

Bantuan Am Persekolahan

3.

Bantuan Perniagaan

  • Mempunyai lesen perniagaan
  • Perniagaan tidak berbentuk jualan langsung (direct selling) kecuali mempunyai kedai
  • Senarai semak 

4.

Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi

  • Lesen memandu & PSV
  • Permit LPKP atau Syarikat
  • Sebutharga Teksi
  • Berpengalaman sekurang-kurangnya setahun
  • Senarai Semak

5.

Bantuan Membina / Membaiki Rumah Dan Deposit Membeli Rumah Kos Rendah

  • Geran tanah rumah sendiri
  • Surat Perjanjian Jual Beli Rumah
  • Surat tawaran pinjaman bank
  • Berumur lebih daripada 30 tahun
  • Senarai Semak Bantuan Membina& Membaiki Rumah
  • Senarai Semak Bantuan Deposit Membeli Rumah

6.

Bantuan Tambang Dalam / Luar Negeri (Ibnu-Sabil)

  • Berkeadaan musafir yang diharuskan oleh syarak
  • Tidak mempunyai perbelanjaan yang mencukupi bagi membiayai keperluan asasi buat sementara waktu sebelum pulang ke negeri asal / Negara asal
  • Tiada saudara mara / kedutaan yang bersedia dan berkewajipan untuk membantu
  • Mempunyai dokumen perjalanan yang sah Pembayaran visa bagi warga asing dalam tempoh sekali sahaja berdasarkan kes tertentu yang boleh dipertimbangkan
  • Senarai Semak

7.

Bantuan Segera

8.

Bantuan Al-Riqab

  • Tiada syarat khusus

9.

Bantuan Am Pelajaran IPT

  • Keluarga berpendapatan rendah
  • Telah mendapat tawaran belajar
  • Tidak mendapat tajaan
  • Kursus melebihi 6 bulan
  • Senarai semak

10.

Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal (IPB)

  • Disalurkan kepada pelajar Institut Profesional Baitulmal

11.

Bantuan Kepada Agensi-Agensi Kebajikan & Institusi Pendidikan

  • Berdaftar di Wilayah Persekutuan
  • Penyata Bank
  • Proposal Agensi/Pertubuhan
  • Lain-lain dokumen yang dirasakan perlu

12.

Bantuan Ramadhan

  • Disalurkan kepada penerima Bantuan Kewangan Bulanan, muallaf berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan pelajar/ pelatih institusi di bawah MAIWP

13.

Bantuan Perubatan

14.

Bantuan Perkahwinan

15.

Bantuan Deposit Sewa Rumah Dan Sewa Rumah Bulanan

  • Pendapatan tidak sampai had mencukupi (Had al- kifayah)
  • Resit/Bil atau Surat Pembayaran Rumah
  • Senarai semak

16.

Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)

  • Pendapatan tidak sampai had mencukupi (Had al- kifayah)
  • Senarai semak

17.

Bantuan Musibah

18.

Biasiswa Baitulmal / Insentif Khas Pelajar Cemerlang

Peringkat Diploma
  • SPM mendapat sekurang-kurangnya Gred 2A dalam 5 matapelajaran berkaitan

    Peringkat Ijazah
  • STPM mendapat sekurang-kurangnya 3 prinsipal A termasuk Pengajian Am
  • STAM memperolehi sekurang-kurangnya 5 mumtaz 5 Jayyid Jiddan

    Peringkat Ijazah Lanjutan (pengajian Islam)
  • Mendapat Ijazah Sarjana Muda (kepujian) dari Universiti dalam/ luar Negara
  • Purata CGPA 3.5 ke atas
  •  Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang berkaitan

    Ijazah Kedoktoran (Ph.D) Pengajian Islam
  • Mendapat Ijazah Sarjana dengan purata CGPA 3.5 ke atas
  •  Tajuk tesis perlulah dalambidang berkaitan
  • Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang berkaitan

19.

Bantuan Peralatan Dan Kecemasan Persekolahan

  • Pendapatan tidak sampai had mencukupi (Had al- kifayah)
  • Keutamaan kepada penerima bantuan dermasiswa sekolah (tanggungan bersekolah melebihi 2 org )

20.

Bantuan Tuisyen

21.

Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran

  • Berumur sekurang-kurangnya 12 tahun
  • Tahap minimum hafaz tidak kurang daripada 5 juzu' pertama mengikut susunan mashaf
  • Mana-mana pelajar lulusan Tahfiz Al-Quran atau seumpamanya yang ingin menyertai ujian ini hendaklah memasuki ujian tahap 30 juzu'
  • Senarai semak

22.

Bantuan Pertanian

23.

Bantuan Deposit Van / Bas Sekolah

  • Lesen memandu & PSV Permit LPKP Sebutharga Van/Bas
  • Berpengalaman sekurang-kurangnya setahun
  • Senarai Semak

24.

Bantuan Deposit Membeli Motorsikal Roda Tiga Untuk OKU

  • Sijil / Kad OKU
  • Lesen memandu kenderaan orang cacat
  • Sebutharga motorsikal tiga roda
  • Senarai Semak

25.

Bantuan Pelajaran Kolej Kejururawatan PUSRAWI

  • Disalurkan kepada pelajar Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PICOMS)

26.

Bantuan Guaman Syarie

  • Pendapatan RM1,500 ke bawah atau maksimum RM3,000 beserta penilaian tanggungan
  • Mempunyai kes di mahkamah Syariah di WP ataupun mana-mana Mahkamah Syariah di Malaysia (bagi kes pendakwaan).
  • Mengemukakan bukti tertulis daripada Mahkamah Syariah bagi tuntutan berkaitan
  • Senarai semak

27.

Bantuan Persediaan IPT

28.

Bantuan Takaful Asnaf

  • Diberikan kepada penerima Bantuan Kewangan Bulanan


02. Syarat Umum Permohonan

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari  (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah

 

03. Had al-Kifayah

Had Kifayah dari sudut bahasa ialah kadar keperluan (kecukupan). Manakala dari sudut syarak ialah kadar minima bagi keperluan asas dalam kehidupan seseorang. Secara ringkasnya, Had Kifayah merujuk kepada suatu kadar keperluan asas minimum yang ditetapkan berdasarkan kos sara hidup semasa. Had ini juga digunakan bagi mengetahui kadar yang perlu dibantu untuk menepati kecukupan perbelanjaan asasi.

Penilaian yang dibuat dalam menentukan Had Kifayah ini merangkumi 6 aspek keperluan asas iaitu perlindungan, makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan. 

  1. Perlindungan Perbelanjaan menyediakan perlindungan untuk seisi rumah termasuk sewa rumah, bil air, bil elektrik dan lain-lain yang berkaitan.
  2. Makanan Segala bahan makanan dan minuman yang dimakan oleh ahli rumah termasuk di luar rumah.
  3. Pakaian Segala bentuk pakaian yang digunakan oleh ahli rumah seperti pakaian sekolah, kerja dan lain-lain yang berkaitan.
  4. Perubatan Merujuk kepada segala bentuk perubatan yang diambil oleh ahli rumah seperti hospital awam, farmasi dan lain-lain yang berkaitan.
  5. Pendidikan Segala kos pendidikan ahli rumah seperti yuran pengajian, buku dan lain-lain yang berkaitan.
  6. Pengangkutan Segala kos berbayar ahli rumah seperti kos tambang dan lain-lain yang berkaitan.

Jumlah pengiraan Had al-Kifayah ini akan dikira sebagai jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan oleh pemohon. Ia kemudiannya akan dibandingkan dengan pendapatan isi rumah pemohon. Sekiranya jumlah pengiraan Had al-Kifayah lebih tinggi daripada pendapatan, maka pemohon adalah layak menerima bantuan zakat.


04. Proses Permohonan Bantuan Zakat

Proses permohonan bantuan zakat dijelaskan dalam buku ini. (panduan)

 


05. Soalan Lazim Agihan Zakat


Siapakah yang boleh memohon bantuan zakat Baitulmal MAIWP?

Sesiapa sahaja yang tergolong dalam golongan fakir, miskin, amil,muallaf, al-gharimin (orang yang berhutang), ibnu sabil, fisabilillah dan ar-riqab. Antaranya orang miskin, pelajar sekolah dan pengajian tinggi, mereka yang ditimpa penyakit, peniaga kecil, pemandu teksi dan lain-lain lagi.

Apakah syarat-syarat bagi memohon bantuan zakat Baitulmal MAIWP?

Terdapat dua syarat iaitu syarat umum dan khusu. Syarat umum adalah Islam, warganegara Malaysia, menetap di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan bergantungkepada pengiraan keperluan asasi dan pendapatan isi rumah (Had al-Kifayah) Syarat khusus pula adalah bergantung kepada bantuan yang dipohon dan berbeza-beza mengikut skim bantuan.

Bagaimanakah caranya untuk memohon bantuan zakat daripada Baitulmal MAIWP?

Datang sendiri ke pejabat Baitulmal MAIWP atau boleh melayari laman web www.maiwp.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai permohonan bantuan dan memuat turun borang permohonan.

Berapakah jumlah bantuan zakat yang diberikan?

Jumlah bantuan zakat yang diberikan kepada seorang pemohon yang layak adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan dan taraf kehidupan pemohon.

Bolehkah saya memohon lebih daripada satu bantuan?

Pemohon boleh memohon lebih daripada satu bantuan setelah pihak Baitulmal MAIWP mengenalpasti kelayakan pemohon.

Adakah bantuan ini perlu dibayar semula?

Tidak, semua bantuan yang diberikan bukan berbentuk pinjaman dan tidak perlu dibayar semula

 

Share