• Daftar

Dar Assadah

PENGENALAN

Sebuah kompleks bimbingan dan perlindungan kepada gadis dan wanita yang tersasar arah seperti mengandung luar nikah dan terjebak dalam gejala sosial.

Objektif

  • Memberi perlindungan tempat tinggal sementara
  • Memberi didikan agama dan bimbingan kerohanian
  • Memberi latihan kemahiran


SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

  • Khas bagi permohonan wanita dan gadis yang berusia 18 tahun hingga 35 tahun dengan cara sukarela.
  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia
  • Permohonan mestilah dibuat secara bersurat.
  • Setiap permohonan akan dinilai melalui satu proses temuduga/sesi soal siasat sebelum diluluskan.
  • Setiap permohonan yang diluluskan dikehendaki membayar wang deposit kemasukan sebanyak RM500. Deposit akan dikembalikan setelah cukup tempoh 2 tahun.
  • Bebas daripada penyakit seperti HIV, Tibi, gangguan mental dan lain-lain penyakit berbahaya.


TEMPOH PERLINDUNGAN

  • 2 tahun dari tarikh pemohon melaporkan diri.



KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

  • Kemudahan tempat tinggal yang selesa dengan kawalan keselamatan dan kemudahan makan minum serta keperluan harian pelatih
  • Memberi bimbingan agama dan latihan.
  • Menyediakan pakaian uniform dan sukan sepanjang tempoh perlindungan.
  • Menjaga kebajikan kesihatan penghuni dengan merujuk kepada klinik dan hospital kerajaan.
  • Membuat pemeriksaan berkala di klinik dan hospital kerajaan bagi penghuni yang mengandung sehingga bersalin.
  • Menyediakan perkhidmatan taska bagi anak penghuni.
  • Membantu dan menjadi perujuk kepada penghuni bagi mendapatkan bantuan yang berkaitan daripada Baitulmal MAIWP dan pihak luar
  • Membantu penghuni (keluarga masalah/saudara baru ) dalam urusan persekolahan anak.


ALAMAT

Kompleks Dar Assaadah
Kampung Batu, Batu 5,
Jalan Ipoh
52000 KUALA LUMPUR
No. Tel : 03- 6257 0960 / 6864
No. Faks : 03- 62581254

Share