• Daftar

Darul Ilmi

LATARBELAKANG

Darul Ilmi merupakan sebuah pusat pengajian khas kepada warga emas yang berminat untuk mendalami ilmu agama secara kaedah pengajian pondok dengan pendekatan moden.

SYARAT-SYARAT

1. Warganegara Malaysia berumur 55 tahun ke atas

2. Tidak menghidap penyakit serius dan mampu untuk menguruskan diri sendiri

3. Tempoh menetap adalah selama 2 tahun

4. Permohonan secara sukarela oleh individu yang berminat dan bukan kerana paksaan

5. Sanggup untuk mematuhi segala syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Dar-Assakinah

PROSEDUR KEMASUKAN KE DARUL ILMI

  1. Mengisi borang kemasukan (boleh dimuat turun di laman web MAIWP atau di pejabat Darul Ilmi, Kg Sg Penchala)
  2. Menghantar borang yang telah lengkap diisi ke pejabat Darul Ilmi
  3. Permohonan akan disemak dan akan di panggil untuk temuduga
  4. Calon yang berjaya didalam temuduga akan dipanggil untuk mendaftar di Darul Ilmi.


MATAPELAJARAN DAN KITAB-KITAB YANG DIGUNAKAN :

 

BIL

KITAB

MATA PELAJARAN

1.

FIQH MANHAJI

FEQAH

2.

HIKAM

TASAWWUF

3.

BAHRUL MADZI

HADITH

4.

TAFSIR MUNIR

TAFSIR

5.

BIDAYAH WAL HIDAYAH

ADAB DAN AKHLAK

6.

RAWATAN PENYAKIT JASMANI

PERUBATAN ISLAM

7.

SAFIHATUN NAJAH

FIQH IBADAH

8.

AQIDAH AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH

TAUHID

9.

SYAMAIL MUHAMMADIAH

HADITH

10.

AL-MUHADATHAH AL-’ARABIAH

BAHASA ARAB

11.

TAJWID ILMI DAN AMALI

TAJWID

12.

RAWATAN ROHANI

TASAWWUF



AKTIVITI-AKTIVITI LAIN YANG DIJALANKAN

• Solat secara berjemaah
• Kelas marhaban, berzanji dan tarannum
• Qiyamullail setiap bulan
• Ceramah sempena hari-hari kebesaran dalam Islam
• Menerima kunjungan lawatan daripada institusi lain
• Lawatan ke pusat pengajian warga emas yang lain
• Puasa sunat Isnin dan Khamis bagi yang mampu

 

PENDAFTARAN KEMASUKKAN ]


HUBUNGI KAMI

Darul Ilmi
Lot 43760A, Jalan Sri Penchala 1,
Kampung Sungai Penchala ,
60000 KUALA LUMPUR

No. Tel: 03-7722 3263
No. Faks: 03-7722 1436

 

Share