• Daftar

Institut Kemahiran Baitulmal


PENGENALAN IKB

Ditubuhkan pada tahun 1991, Penubuhan ini  sebagai salah satu usaha MAIWP untuk membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan khususnya dan di Malaysia amnya dengan cara memberi  mereka peluang menjalani latihan kemahiran di sebuah Institut Kemahiran yang tersusun supaya mereka boleh berdikari setelah tamat mengikuti kursus ini nanti.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN

  Menyediakan peluang latihan kemahiran kepada golongan berpendapatan rendah yang beragama Islam di Wilayah Persekutuan.

  Membimbing pelatih-pelatih supaya boleh berdikari dan bersedia menceburi bidang perniagaan.

  Membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja mahir dan separa mahir di sektor awam dan swasta.

 

VISI     

Menjadi sebuah institusi peneraju pendidikan kemahiran  berkualiti demi memartabatkan ekonomi Masyarakat Islam

   

MISI 

 

  Menggilap dan meningkatkan potensi belia Islam menerusi:

  Pendidikan kemahiran sistematik, kreatif dan berinovatif

  Penerapan nilai Islam keunggulan jati diri

  Usahawan Muslim yang berdaya saing dan berdaya maju

 

 

KRITERIAN PEMILIHAN CALON

 1.  Minima kelulusan akademik tamat darjah 6 sekolah bantuan kerajaan (boleh membaca dan menulis). 

 2.  Terbuka kepada lelaki dan wanita.

 3.  Pendapatan ketua keluarga adalah mengikut had kifayah yang ditetapkan oleh MAIWP.

 4.  Sihat tubuh badan & Berminat .

 5.  Warganegara Malaysia dan beragama Islam.

 

TEMPOH MASA KURSUS

1. Tempoh kursus selama 2 tahun.

2. Mengguna pakai sistem semester (4 semester).

3. Isnin – Jumaat  (8.00 pagi – 5.00 petang) 

 

KURSUS KURSUS YANG DITAWARKAN

  Kejuruteraan Elektrik

  Perkhidmatan dan Penyajian Makanan

  Rekaan Fesyen dan Pembuatan Pakaian Lelaki 

  Rekaan Fesyen dan Pembuatan Pakaian Wanita

  Seni Lukis dan Seni Reka

  Teknologi Binaan Bangunan 

 

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

1. Peralatan dan bahan kursus

2. Pakaian seragam dua pasang setiap pelajar

3. Asrama dan makan minum

4. Kemudahan perpustakaan 

5. Kemudahan sukan dan rekreasi.

      

KURIKULUM DAN KO-KURIKULUM

Sukatan kursus :-

    1.  IKB

    2.  Jabatan Pembangunan Kemahiran -    Tahap 1,2 dan 3 (Baru) 

    3.  Suruhanjaya Tenaga - Sijil Kekompetenan dan   Endorsan 3 Fasa PW4

    4.  Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan  Malaysia (CIDB)

    5.  Subjek Umum

    6.  Badn beruniform (Brigade Bomba)  

 

1.   KURSUS KEJURUTERAAN ELEKTRIK

     Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :

     1.  Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Transkrip Peperiksaan

     2.  SKM Tahap 2 Pemasangan dan pendawaian Elektrik Satu Fasa

     3.  SKM Tahap 3 Pemasangan dan pendawaian Elektrik Tiga Fasa

     4.  Sijil Kekompetenan Pendawaian  Tiga Fasa & Endorsan (PW 4)

     5.  Sijil Kecekapan Kemahiran SKK Elektrik dari CIDB

2.   KURSUS PERKHIDMATAN DAN PENYAJIAN MAKANAN

     Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :

     1. Sijil Perkhidmatan Dan Penyajian Makanan dan Transkrip Peperiksaan

     2. SKM Tahap 1 – Pembantu Penyedia  Makanan

     3. SKM Tahap 1 – Penyedia Makanan 

3.   KURSUS REKAAN FESYEN DAN PEMBUATAN PAKAIAN LELAKI

     Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :

     1. Sijil Rekaan Fesyen Dan Pembuatan Pakaian Lelaki dan Transkrip Peperiksaan

     2. Sijil SKM Tahap 1- Pembuat Pakaian Lelaki 

     3. Sijil SKM Tahap 2- Pembuat Pakaian Lelaki Kanan

     4. Sijil SKM Tahap 3- Penyelia Pembuat Pakaian Lelaki 

4.   KURSUS REKAAN FESYEN DAN PEMBUATAN PAKAIAN WANITA

    Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :

    1. Sijil Rekaan Fesyen Dan Pembuatan Pakaian Wanita dan Transkrip Peperiksaan

    2. SKM Tahap 1- Pembuatan  Pakaian Wanita 

    3. SKM Tahap 2- Pembuatan Pakaian Wanita

    4. SKM Tahap 3- Pembuatan Pakaian Wanita

5.  KURSUS SENI LUKIS DAN SENI REKA

    Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :

    1. Sijil Seni Lukis Dan Senireka dan Transkrip Peperiksaan

6.  KURSUS TEKNOLOGI BINAN BANGUNAN

    Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :

   1. Sijil Teknologi Binan Bangunan dan Transkrip Peperiksaan

   2. Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) dari CIDB 

 

MUAT TURUN RISALAH MAKLUMAT INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL

      MUAT TURUN PDF
 
 
 
 
 
 
 
Share