• Daftar

Kaffarah

Kaffarah bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakannya.

Kaffarah yang dibayar kepada MAIWP dimasukkan kedalam akaun khas amanah Kaffarah yang mana digunakan untuk membeli beras, barang bekalan makanan dan pakaian seterusnya diagihkan kepada fakir miskin di Wilayah Persekutuan.

 

Prosedur Membayar Kaffarah di MAIWP

Perkiraan boleh dibuat di Baitulmal Bangunan Daruzzakah dan bayaran kaffarah boleh dibuat secara tunai atau melalui cek/pos berdaftar atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Jenis-Jenis Kaffarah

Jenis-jenis kaffarah yang berkaitan dengan memberi makan kepada fakir miskin (bersedekah) ialah:

1.    Kafarah merosakkan puasa kerana berjimak pada bulan Ramadhan.

  • Wajib menqadhakan puasanya; dan
  • Wajib memberi makan 60 orang fakir miskin sekiranya tidak mampu berpuasa 2 bulan berturut-turut.


2.    Kafarah musafir dan pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia tinggalkan.

  • Wajib menqadhakan puasanya; dan
  • Fidyah dengan memberi secupak makanan kepada fakir miskin mengikut bilangan hari yang ditinggalkan dan bertambahnya kafarah dengan bertambahnya tahun.


3.    Kafarah orang tua yang tidak mampu berpuasa

  • Fidyah dengan memberi secupak makanan kepada fakir miskin mengikut bilangan hari yang ditinggalkan


4.    Kafarah wanita hamil dan wanita menyusukan anak apabila berbuka kerana bimbangkan keselamatan anaknya.

  • Wajib mengqadhakan puasanya; dan
  • Fidyah dengan memberi secupak makanan kepada fakir miskin mengikut bilangan hari yang ditinggalkan


5.    Kafarah Sumpah

  • Memberi makan sehingga kenyang 10 orang fakir miskin; atau
  • Memberi pakaian kepada fakir miskin


6.    Kafarah Nazar

  • Memberi makan sehingga kenyang 10 orang fakir miskin; atau
  • Memberi pakaian kepada fakir miskin


7.    Kafarah Zihar

  • Memberi makan 60 orang fakir miskin sekiranya tidak mampu berpuasa 2 bulan berturut-turut disebabkan sakit atau tua.

 

Taksiran Kaffarah

Kadar nilaian yang telah ditetapkan oleh MAIWP sehingga tahun 2015/1436H

  • 1 cupak beras = ¼ gantang Baghdad

  • ¼ daripada zakat fitrah

  • secupak beras = RM 1.75 = 650 gram

 

Contoh :-

Sekiranya seseorang tidak mampu berpuasa 60 hari berturut-turut disebabkan sakit atau tua hendaklah memberi makan 60 orang fakir miskin.


-    60 hari x RM1.75 = RM 105.00

Share