• Daftar
Up

Biasiswa

 

PERMOHONAN BIASISWA BAITULMAL INSENTIF KHAS PELAJAR CEMERLANG DALAM NEGARA BAITULMAL MAIWP PENGAMBILAN SESI 2016/2017

01. PERMOHONAN

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar Wilayah Persekutuan dan ibu bapa menetap di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun yang telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) terpilih  di peringkat Diploma dan  Ijazah Sarjana Muda.

 

02.  SYARAT UMUM 

a) Warganegara Malaysia
b) Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun.
c) Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.
d) Bersedia berkhidmat dengan MAIWP untuk tempoh sekurang-kurangnya 5 tahun sekiranya ditawarkan (atas keperluan). 

 

03.  SYARAT KHUSUS (Kelayakan Minima Akademik) 

i- Peringkat Diploma 

  • Umur tidak melebihi 19 tahun pada 31 Disember 2016; dan 
  • Lulus peperiksaan SPM 2015 dengan memperolehi sekurang-kurangnya 7A termasuk matapelajaran Bahasa Melayu dan  mana-mana 2 matepelajaran yang berkaitan dengan bidang pengajian yang dipohon. 

ii- Peringkat Ijazah Sarjana Muda  

  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada 31 Disember 2016; dan 
  • Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)  2015 dan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.5 keseluruhan termasuk principal A bagi Pengajian Am; atau
  • Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2015 dan memperolehi sekurang-kurangnya 5 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan dengan keputusan keseluruhan Jayyid Jiddan; atau
  • Lulus peringkat Diploma/Matrikulasi/A-Level/Foundation Studies pada tahun 2015/2016 dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK  3.5  di akhir semester. 
  •  

04.  CARA MEMOHON

Borang permohonan boleh didapati bermula 19 September 2016 dengan memuat turun dari laman web rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) www.maiwp.gov.my atau hadir ke pejabat kami di Bahagian Baitulmal MAIWP di Tingkat 3, Unit Pembangunan Ummah IPTL, Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). 

 

05. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta salinan-salinan dokumen berkaitan yang telah disahkan mestilah dihantar ke: 

Bahagian Baitulmal,
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Unit Pembangunan Ummah  (IPTL)
Bangunan Daruzzakah, Tingkat , 3
Lorong Hj. Hussein 2, Off Jalan Raja Muda,
50300 Kuala Lumpur 

Sebelum @ pada 4 Oktober 2016 

 

06.  MAKLUMAT LANJUT  

Maklumat lanjut mengenai program / bidang kursus, syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman web di atas.

 

07.  PERHATIAN

Hanya calon-calon yang berjaya selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga. Calon-calon yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini, sila hubungi talian: 

03-26175271/277/276/398 (Unit Pembangunan Ummah IPTL) waktu bekerja sahaja.