• Daftar

Tadika Islam

MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

MAIWP menguruskan sebanyak 78 buah Tadika Islam iaitu 74 buah di Kuala Lumpur dan Putrajaya dan 4 buah di Labuan.

 

Objektif

  1. Melaksanakan program pendidikan pra sekolah bagi kanak-kanak yang berumur 5 – 6 tahun dengan mengguna pakai kurikulum bersepadu.
  2. Menyediakan suasana pembelajaran yang berorientasikan ”Belajar Melalui Bermain” (learning through play) dalam usaha mengembangkan kemahiran asas dan potensi kanak-kanak dalam segala aspek perkembangannya sebagai persediaannya untuk memasuki alam persekolahan yang sebenar (formal).
  3. Memupuk dan melengkapkan sifat peribadi (sahsiah), perwatakan dan konsep diri yang positif serta mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan kanak-kanak.
  4. Melahirkan generasi ulul albab yang cemerlang dan mempunyai sahsiah mulia di masa hadapan selaras dengan pembentukan modal insan yang berkualiti.

 

Kurikulum

Skop kurikulum berpandukan kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

•  Komunikasi

•  Kerohanian, Sikap dan Nilai

•  Kemanusiaan

•  Literasi Sains dan Teknologi

•  Fizikal dan Estetika

•  Ketrampilan Diri

•  Pengajian Al-Quran, Bahasa Arab dan Tulisan Jawi (nilai tambah kepada Kurikulum Tadika Islam MAIWP bagi melahirkan generasi Ulul Albab)

 

Waktu Operasi

Tadika-tadika Islam MAIWP beroperasi selama 4 jam sehari dari jam 8:00 pagi.

 

Lokasi 

Tadika-tadika Islam MAIWP dibahagikan kepada 6 zon:-

1.  Zon Bandar Tun Razak (Putrajaya)

2.  Zon Titiwangsa

3.  Zon Bangsar

4.  Zon Setapak 

5.  Zon Batu

6.  Zon Labuan

 

Pendekatan Pengajaran Pembelajaran 

•  Belajar Melalui Bermain

•  Pendekatan Bertema

•  Pendekatan Bersepadu

•  Teknologi Maklumat dan Komunikasi

•  Pengelolaan Pengajaran dan Pembelajaran

•  Aktiviti Kelas

•  Aktiviti Kumpulan

•  Aktiviti Individu

 

Aktiviti Ko-Kurikulum

 

1.   Mingguan

o Fardhu Ain (Kelas Iqra’)

o Bahasa Inggeris

o Muzik Islam

 

2.   Tahunan

o Lawatan

o Sukaneka (Potensi & Kebolehan)

o Hari Kebesaran Islam

o Festival Kesenian Dan Kebudayaan Islam

o Majlis Penganugerahan Pelajar Cemerlang Tadika Islam

o Mini Konvokesyen

 

 

 

 

Share