• Daftar

Taska Darul Hannan

Pengenalan

Taska Darul Hannan MAIWP merupakan sebuah institusi penjagaan dan pendidikan harian bagi kanak-kanak yang berusia 2 hingga 4 tahun. Ia merupakan titik permulaan dalam bidang pendidikan yang telah diaturkan oleh MAIWP untuk melahirkan generasi Ulul- Albab dengan mengambil pendekatan agama sebagai asas teori dan praktikal dalam membentuk peribadi muslim seawal usia kanak-kanak.


Syarat Kemasukan

Taska Darul Hannan dibuka kepada kanak-kanak yang pendapatan ibu bapa tidak melebihi RM3,000 sebulan. Borang permohonan kemasukan ke taska boleh diperolehi di Cawangan Taska Darul Hannan.

Waktu Perkhidmatan

Taska Darul Hannan beroperasi pada waktu berikut:

Isnin – Jumaat - 7.30 pagi – 5.30 petang
Sabtu/Ahad/Cuti Umum - Tutup


Kemudahan

  • Taman Permainan Mini
  • Sudut Audio Visual
  • Sudut Aktiviti dan Permainan Bertema
  • Kemudahan komputer dan perisian sesuai untuk kanak-kanak



Aktiviti Harian

  • Belajar Melalui Bermain (berpandukan kepada Modul Asuhan Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan PERMATA)
  • Menonton CD/TV (siri bersesuaian dengan kanak-kanak)
  • Literasi Komputer (sesuai untuk kanak-kanak)
  • Hafazan Surah Lazim dan Doa Harian
  • Pendidikan Asas Fardhu Ain (Akhlak, Ibadah, Aqidah, Sirah)
  • Aktiviti Kreatif dan Kesenian
  • Pendedahan kepada Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris (Asas)



Aktiviti Bulanan/Tahunan

  • Sambutan Hari Raya Aidilfitri Taska Bersama Ibubapa
  • Sambutan Hari Lahir Kanak-kanak (3 bulan sekali)
  • Lawatan Sambil Belajar ke tempat-tempat menarik sekitar Lembah Klang
  • Program Taska Bersama Ibubapa (TIBB)
  • Majlis Ihtifal dan Penyampaian Sijil Kanak-kanak 4 Tahun
  • Hari Sukan
  • Ceramah Keibubapaan


ALAMAT

Taska Darul Hannan MAIWP
Masjid Wilayah Persekutuan
Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR
No. Tel : 03- 6201 3339
No. Faks : 03- 6201 2229

Share