• Daftar

Wang Tak Patuh Syariah

Wang atau harta tidak patuh syariah ditakrifkan sebagai harta yang dimiliki dan diperolehi melalui wasilah yang tidak diiktiraf oleh syarak seperti rompakan, rampasan, hasil jualan barang curi, rasuah, perjudian, loteri, transaksi riba, perlindungan insurans konvensional, keuntungan pelaburan di dalam sekuriti tidak patuh syariah dan seumpamanya.

 

Penggunaan Wang Tidak Patuh Syariah

Melalui keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-87, Majlis Kebangsaaan bagi Hal Ehwal Islam pada 23-25 Jun 2009, telah dinyatakan iaitu:

“Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:

  1. Diserahkan kepada Baitulmal untuk maslahah- maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;
  2. Diserahkan kepada golongan fakir miskin; atau
  3. Jika harta tersebut merupakan harta rompakan, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal”.  

 

Serahan Wang Tidak Patuh Syariah Kepada MAIWP

MAIWP melalui Bahagian Baitulmal menerima wang tidak patuh syariah yang ingin diserahkan oleh orang Islam untuk disalurkan bagi kegunaan seperti yang digariskan oleh hukum. 

Orang awam yang ingin menyerahkan wang/harta tidak patuh syariah boleh hadir ke Baitulmal MAIWP untuk urusan selanjutnya di mana resit terimaan akan dikeluarkan oleh MAIWP.

 

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan sila hubungi kami melalui email atau datang terus ke pejabat Baitulmal.
 

Alamat email ini dilindungi dari robot spam. Anda memerlukan Javascript yang aktif untuk melihatnya.  

Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Bangunan Daruzzakah Lorong Haji Hussein 2 50676 KUALA LUMPUR
No. Tel : 03- 2617 5222 No. Faks : 03- 2617 5252

 

 
Share