Bantuan Guaman Syarie

Membantu asnaf yang menghadapi tuntutan yang berkaitan kes Mahkamah Syariah atas kes-kes seperti ta'lik, fasakh,hadhanah, nafkah dan kes-kes yang berkaitan.


Syarat Umum

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Borang permohonan
  2. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  3. Satu salinan kad pengenalan:
    • Pemohon
    • Suami
    • Isteri
    • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan.
  4. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah.
    *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  5. Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami
  6. Satu salinan saman pernyataan tuntutan daripada Mahkamah Syariah.

Lain-Lain Dokumen Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan


Keluarga bercerai

Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini


Ahli keluarga telah meninggal dunia

Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri


Saudara baru

Satu salinan kad memeluk Islam


Orang Kelainan Upaya

Salinan kad orang kelainan upaya (OKU)


Pengidap sakit kronik

Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja


Sedang mengikuti pengajian di IPT

Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar


Keluarga bermasalah

Satu salinan laporan polis/ surat penjara


Muflis

Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi

Ke mana Perlu Dihantar Permohonan?

Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter – kaunter Bahagian Agihan Zakat MAIWP

TOP