Derma & Sedekah

Fuqaha’ telah mendefinisikan sedekah atau derma ini sebagai akad yang memberi pemilikan harta kepada pihak yang lain yang berhajat tanpa timbal balas untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan dibuat secara sukarela.

Firman Allah SWT :

إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Yang bermaksud: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah: 271)

Antara Keistimewaan Berinfaq



Allah SWT akan memuliakan dan melipat gandakan pahala kepada orang yang suka berinfaq.

Harta tidak akan berkurang.

Bukti keimanan kepada Allah SWT.

Masuk syurga melalui pintu infaq.

Selamat daripada musibah.

Menyantuni golongan orang bukan Islam.

Menjauhkan seseorang daripada api neraka.

Bagaimana untuk salurkan infaq / sedekah anda di MAIWP

Umat Islam yang ingin bersedekah boleh membuat sumbangan secara tunai atau melalui cek atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN di kaunter Unit Sumber Am Bahagian Agihan Zakat MAIWP atau secara atas talian.



TOP