Dar Assa'adah



Pengenalan

Pusat Perlindungan Darul Islah atau Dar Assaadah telah ditubuhkan pada 26 Januari 1988 yang bertujuan memberi perlindungan kepada wanita-wanita yang sedang menghadapi masalah seperti mengandung anak luar nikah dan terjebak dalam masalah gejala sosial.

Kemudiannya ia ditukar kepada Kompleks Dar Asssaadah secara rasminya pada tahun 2001.

Dar Assaadah diitadbir berdasarkan Kaedah Dar Asssaadah yang diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara pada 2 Ogos 1990.

Dar Assaadah mula beroperasi pada November 1989 di sebuah blok kediaman di Taman Bukit Anggerik, Cheras, Kuala Lumpur dengan kemasukan 2 orang pelatih dan bertambah sehingga 9 orang pelatih.




Operasi Dar Assaadah melalui beberapa proses perpindahan iaitu di rumah banglo di No. 19, Jalan Gurney 3, Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada tahun 1996, kemudiannya di Taman koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves, Kuala Lumpur pada tahun 2000 dan pada 4 Februari 2008, operasi Dar Assaadah ditempatkan di sebuah kompleks milik MAIWP di Kg. Delima Jalan Jambu Laut, Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Kompleks ini dapat menampung 60-80 pelatih pada satu-satu masa.

Para pelatih Dar Assaaadah ditekankan dengan didikan agama yang merangkumi fardhu ain dan fardhu kifayah serta kursus kemahiran yang disediakan oleh pihak pengurusan Dar Assaaadah. Pelatih-pelatih yang menunjukkan prestasi yang baik berpeluang menyambung pengajian di Institut Kemahiran Baitulmal yang menawarkan kursus kemahiran yang diiktiraf.


Tempoh Perlindungan

Kemasukan ke Dar Assaadah adalah secara sukarela dan pelatih yang diterima akan menetap selama 2 tahun dari tarikh melaporkan diri.

Visi

Peneraju institusi perlindungan yang unggul dan cemerlang di dalam pengurusan yang berteraskan Islam.



Misi

Menyediakan tempat perlindungan sementara yang kondusif dan kemudahan pendidikan yang sempurna kepada golongan sasaran dalam usaha melahirkan individu muslim yang berakhlak mulia dan berketerampilan.

Moto

"Kami Datang Dengan Harapan, Kami Pulang Dengan Kajayaan"


Objektif

  • Menyediakan Pusat Perlindungan Sementara Kepada Wanita Yang Teraniaya.
  • Memberi Didikan Agama dan Bimbingan Kerohanian Bagi Pembentukan Shahsiah Yang Mulia.
  • Memberi Latihan Kemahiran Sebagai Satu Usaha Melengkapkan Diri Dengan Kemahiran Tertentu.

Kemudahan

  • 8 unit kuarters kakitangan
  • Blok pentadbiran
  • Penginapan berkonsepkan asrama dengan kawalan keselamatan dan kemudahan makan minum serta keperluan harian pelatih.
  • Kelas pengajian yang selesa.
  • Dewan Serbaguna.
  • Bengkel Jahitan & Masakan.
  • Mini gimnasium
  • Padang Bola Jaring.
  • Menyediakan pakaian uniform dan sukan sepanjang tempoh perlindungan.
  • Menjaga kebajikan kesihatan penghuni dengan merujuk kepada klinik dan hospital kerajaan.
  • Membuat pemeriksaan berkala di klinik dan hospital kerajaan bagi penghuni yang mengandung sehingga bersalin.
  • Menyediakan perkhidmatan taska bagi anak pelatih.

Prosedur Kemasukan

  • Khas bagi permohonan wanita dan gadis yang berusia 18 tahun hingga 35 tahun dengan cara sukarela.
  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia
  • Permohonan mestilah dibuat secara bersurat.
  • Setiap permohonan akan dinilai melalui satu proses temuduga/sesi soal siasat sebelum diluluskan.
  • Setiap permohonan yang diluluskan dikehendaki membayar wang deposit kemasukan sebanyak RM500. Deposit akan dikembalikan setelah cukup tempoh 2 tahun.
  • Bebas daripada penyakit seperti HIV, Tibi, gangguan mental dan lain-lain penyakit berbahaya.

Hubungi Kompleks Dar Assa'adah

Alamat
Kampung Delima Jalan Jambu Laut Batu 5,
Jalan Ipoh 52000 KUALA LUMPUR


03 - 6257 0960 / 6864
03- 6258 1254
Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu - Ahad : Tutup
TOP