Pusat Pengajian Darul Ilmi

Pengenalan

Pada 22 September 2010 Baitulmal MAIWP telah menerima permohonan wakaf khas daripada Tuan Haji Ir Mohd Mazlan bin Md Ismail.  Pewakaf berhasrat untuk mewakafkan hartanahnya seluas 1.7 ekar bertujuan menjadikan pusat pendidikan Islam khas untuk warga emas di kawasan sekitar dan kepada warga emas yang berminat untuk mendalami ilmu agama Islam secara kaedah pengajian pondok dengan pendekatan moden.

Hartanah yang diwakafkan ini merangksumi dua rumah banglow dan sebidang tanah kebun buah-buahan seperti durian, rambutan dan lain-lain.

Mesyuarat Jawatankuasa Baitulmal (JKB) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Bil. 1/2011 yang bersidang pada 18 Januari 2011 telah bersetuju untuk menerima wakaf tersebut. Majlis Penyerahan Wakaf telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP pada 1 November 2011.

Pada 29 September 2011 Mesyuarat Jawatankuasa Wakaf, Pusaka, Wasiat dan Sumber Am Bil. 2/2011 telah membincangkan dan bersetuju dengan kertas konsep Penubuhan Pusat Pengajian Warga Emas MAIWP dengan nama Dar-Assakinah.

Kertas cadangan penubuhan Dar Assakinah telah diluluskan oleh Mesyuarat MAIWP kali ke 119 Bil.4/2011 bertarikh 16 November 2011. Pada 23 Mac 2015 Mesyuarat MAIWP Kali 131 Bil 1/2015 bersetuju untuk menukarkan Pusat Pengajian Warga Emas Dar Assakinah kepada “Darul Ilmi”.

Pengambilan

  • Pengambilan dibuat pada awal tahun. Walaubagaimanapun, pengambilan akan dibuat jika terdapat kekosongan pada bila-bila masa.
  • iklan pengambilan kemasukan akan dibuat melalui hebahan di laman sosial, laman web MAIWP, masjid dan surau sekitar Wilayah Persekutuan serta edaran pamplet.
  • Pemohon boleh memuat naik borang permohonan kemasukan melalui laman Web MAIWP di www.maiwp.gov.my dan boleh terus ke Pejabat Darul Ilmi untuk mengambil dan menghantar borang.

Visi

Menjadikan Darul Ilmi sebagai pusat pengajian warga emas yang diiktiraf dan dikenali seluruh Malaysia.


Moto

Al-Quran dan As-sunnah sebagai teras kepada Pembelajaran Sepanjang Hayat.


Matlamat

Penghayatan amalan hidup bersyariat berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah

Misi

Menyediakan sebuah pusat pengajian warga emas dengan kemudahan yang selesa dan kondusif.


Konsep Pelaksanaan

Darul Ilmi akan menggunapakai konsep pusat pengajian Pondok Moden Islam yang menyediakan kemudahan penginapan dan pembelajaran yang bersesuaian dengan warga emas. Konsep  yang dilaksanakan ini merupakan tanggungjawab MAIWP dalam menyediakan pembelajaran sepanjang hayat khususnya di kalangan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan dan di Malaysia amnya.

Objektif



Melaksanakan hasrat pewakaf untuk menjadikan Mauquf tersebut sebagai Pusat Pengajian Warga Emas;

Melaksanakan tanggungjawab Fardhu Kifayah kepada masyarakat di Wilayah Persekutuan dan di luar kawasan Wilayah Persekutuan;

Memberi peluang kepada golongan warga emas untuk menimba ilmu agama dengan lebih mendalam sebagai bekalan di dunia dan akhirat;

Menyediakan suasana pembelajaran yang berkonsep ’Pondok Moden’ kepada golongan warga emas; dan

Melahirkan golongan warga emas yang mahir dalam ilmu agama seterusnya dapat menyumbangkan ilmu pengetahuan kepada warga masyarakat yang lain.

Syarat Kemasukan



Terbuka kepada semua warga emas wanita beragama Islam dan Warganegara Malaysia berumur 55 tahun hingga 70 tahun.

Keutamaan adalah diberikan kepada Warga Wilayah Persekutuan.

Permohonan secara sukarela yang dirujuk oleh waris.

Kemampuan untuk berdikari dan berupaya menguruskan diri sendiri.

Keutamaan diberikan kepada calon yang boleh menulis dan membaca rumi dan jawi.

Boleh mengenal huruf dan membaca Al-Quran.

Tidak mengidap penyakit berjangkit atau penyakit kronik.

Pengesahan tahap kesihatan daripada Klinik / Hospital.

Keutamaan kepada ibu tunggal/ Balu / Janda / Bujang.

Boleh mematuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh MAIWP.

Hubungi Darul Ilmi

Alamat
Pusat Pengajian Darul Ilmi
Lot 43760A, Jalan Sri Penchala 1
Kampung Sungai Penchala
60000 KUALA LUMPUR


03 - 7722 3263
03 - 7722 1436
Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu - Ahad : Tutup
TOP