Darul Kifayah

Pengenalan

Darul Kifayah telah ditubuhkan pada tahun 1983. Ia bertujuan bagi menjaga kesejahteraan anak yatim, saudara baru dan pelajar-pelajar miskin dengan mengadakan tempat kediaman sementara, memberi bimbingan agama dan akhlak dan mengadakan kemudahan pendidikan yang sempurna.

Darul Kifayah mula beroperasi di Kampung Batu, Batu 5, Jalan Ipoh. Pada tahun 1992, Darul Kifayah telah dipindahkan buat sementara dari Kampung Batu ke Taman Bukit Anggerikk, Cheras bagi membolehkan pembinaan bangunan baru dilaksanakan.

Kompleks ini kemudiannya dipindahkan semula ke Kampung Batu mulai Oktober 1993 setelah projek pembinaan siap. Perasmian bangunan baru Darul Kifayah telah dirasmikan oleh YAB. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad (kini Tun), Perdana Menteri Malaysia Ke-4 pada 5 Januari 1996.

Pada 17 Disember 2007, Darul Kifayah telah berpindah ke premis MAIWP di Lot 28188, Jalan 36/10, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur yang beroperasi sebagai Dar Assaadah. Perpindahan dibuat bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat. Kompleks ini siap dibina pada awal tahun 1999 dan mampu menampung sehingga 500 orang penghuni.

Darul Kifayah telah dinaiktaraf infrastrukturnya dengan pembinaan blok baru termasuk Surau Jumaat. Pembangunan ini dibuat bagi memberi keselesaan dan mampu menampung sehingga 750 orang jemaah.

Visi

Menyediakan penempatan sementara yang kondusif dan kemudahan pendidikan yang sempurna kepada golongan sasaran dalam usaha untuk melahirkan individu muslim yang berakhlak mulia dan berketerampiran.

Misi

Menjadi sebuah rumah perlindungan contoh diseluruh Malaysia dan bertaraf dunia.

Kemudahan



Blok Pentadbiran

Blok Akademik

Blok Penginapan Pelajar Lelaki

Blok Penginapan Pelajar Perempuan

Dewan Serbaguna yang dapat menampung 1000 orang

Makmal Komputer

Perpustakaan

Surau Jumaat

Blok Kuarters Kakitangan 5 tingkat (20 unit)

5 Unit Kuarters Kakitangan



Post Kawalan Keselamatan

Padang Permainan

Padang Bola Jaring

Gelanggang Badminton & Takraw

Pembiayaan kos persekolahan yang menyeluruh

Makan Minum Harian

Pengangkutan pergi balik sekolah

Bantuan pakaian Hari raya

Bantuan perubatan dan lain-lain

Syarat Permohonan

Warganegara Malaysia

Beragama Islam

Berumur di antara 11 hingga 17 tahun

Masih bersekolah dan mempunyai latarbelakang akademik yang baik

Mempunyai tingkahlaku dan akhlak yang baik

Tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah

Tidak mempunyai rekod jenayah atau salahlaku akhlak

Tidak mempunyai kecacatan mental


Muat Turun Permohonan

Prosedur Kemasukan

Mengisi borang permohonan kemasukan Darul Kifayah dengan lengkap.

Menghantar borang yang lengkap berserta dokumen yang diperlukan sebelum tamat tarikh permohonan ke Pejabat Pentadbiran Darul Kifayah.

Menghadiri sesi temuduga bagi yang layak.

Surat tawaran hanya akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya sahaja.


Muat Turun Borang Di Sini

Hubungi Kompleks Darul Kifayah

Alamat
Lot 28188, Jalan 36/10,
Taman Koperasi Polis Fasa 2
Batu Caves 68100 Kuala Lumpur


03 - 6188 4844
03 - 6188 7195
Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu - Ahad : Tutup
TOP