Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)

Latar belakang

Bermatlamat untuk melahirkan profesional muslim dan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi umat Islam.

Kolej Profesional Baitumal Kuala Lumpur (KBKL) atau dahulunya dikenenali sebagai Institut Profesional Baitulmal(IPB) ditubuhkan pada 23 April 1992 hasil usaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) dan Yayasan Wilayah Persekutuan ( YWP ).

Memulakan operasinya di Wisma Awal, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur pada April 1992, IPB kemudiannya berpindah ke kampus tetap di Lot 1363, Jalan Perkasa, Off Jalan Kg. Pandan, Kuala Lumpur pada Jun 1996.

Visi

Beriltizam melahirkan ilmuan profesional yang kompeten dan holistik


Misi

Melahirkan generasi ilmuan profesional dan pakar peringkat pertengahan dalam sektor pekerjaan melalui pembelajaran yang berteraskan nilai-nilai murni sejagat dan seiring dengan kehendak pasaran

Komited dalam membangunkan tahap pendidikan dan daya saing kumpulan asnaf

Falsafah

Kami yakin dan percaya bahawa setiap insan mempunyai potensi diri yang boleh dikembangkan kerana kejayaan dan kecemerlangan tercetus daripada setiap kegagalan. Justeru itu peluang bimbingan, galakan dan sokongan berterusan wajar diberikan untuk menjana bukan sahaja kecemerlangan diri dan keluarga, malah kecemerlangan bangsa dan negara.

Hubungi Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Alamat
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur,
Lot 1363 Jalan Perkasa, Maluri,
55100 Kuala Lumpur


03 - 9281 4054
03 - 9281 4052
Isnin - Jumaat : 9 pagi - 5 petang
Sabtu - Ahad : Tutup
TOP