MAIWP DAGANG

MAIWP Dagang Sdn Bhd ditubuhkan pada 27 September 2011. Penubuhannya bermula dengan penubuhan Kedai MAIWP adalah sebahagian daripada usaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai salah satu medium perantaraan untuk usahawan asnaf memasarkan produk-produk mereka.

Walaubagaimanapun penubuhan Kedai MAIWP ini tidak tertumpu kepada produk asnaf sahaja tetapi juga merangkumi pelbagai produk-produk lain bagi kemudahan masyarakat setempat berbelanja untuk memberikan lebih nilai dalam belian barangan runcit dengan jaminan harga rendah berbanding kedai runcit lain melalui Kedai MAIWP.

Pada masa ini MAIWP Dagang Sdn Bhd mempunyai 2 cawangan iaitu Kedai MAIWP di Presint 5, Putrajaya yang telah beroperasi sejak bulan Oktober 2011 dan Kedai MAIWP di Presint 9 yang beroperasi pada April 2014. MAIWP Dagang Sdn Bhd juga bercadang untuk menambah lagi cawangan KRM dari masa ke semasa.

Dengan penubuhan Kedai MAIWP ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan penduduk sekitar kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan mampu milik.



Hubungi MAIWP Dagang

Alamat
No. 25 Jalan DBP 2,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves Selangor


03 - 4050 7886 / 03 - 4045 7885
Isnin - Jumaat : 8.30 pagi - 5.30 petang
Sabtu - Ahad : Tutup


Hubungi MAIWP Dagang Labuan

Alamat
L01 MAIWP Mart,
MAIWP Dagang Sdn Bhd,
Lot Np SP-16 (Shop Office),
Ganggarak Double Storey,
Kampung Ganggarak,
87000 WP Labuan.


010 - 5358 732
Isnin - Sabtu : 9.00 pagi - 9.00 malam
Ahad : Tutup
TOP