Objektif, Visi & Misi MAIWP

Visi

Peneraju kesejahteraan ummah secara holistik melalui pendekatan lestari




Misi

Mengupayakan pembangunan ekosistem islamik dan sosioekonomi ummah yang strategik




Slogan

"Memacu Kegemilangan Ummah."

Objektif

  • Membentuk dan mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang dinamis dan progresif yang sentiasa mencari keredhaan Allah.
  • Memupuk keimanaan dan mengukuhkan ukhuwah Islamiah di kalangan orang-orang Islam di Wilayah Persekutuan khasnya dan Malaysia amnya bagi mencapai perpaduan ummah.
  • Memperbanyakkan usaha-usaha kebajikan dan mencegah kemungkaran dalam masyarakat Islam.
  • Melaksanakan usaha-usaha menambah harta MAIWP melalui pelaburan dan usaha-usaha halal yang lain bagi faedah umat.

Nilai Kebersamaan MAIWP

MAHABBAH

Budaya kasih sayang sebagai sebuah keluarga, mesra pelanggan dan sikap penuh empati akan menjadi iklim di MAIWP selari dengan teras perkhidmatan utama untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada ummah.


AMANAH

Kami menjunjung tinggi tanggungjawab ummah dan menunaikannya dengan penuh rasa keinsafan.


INTEGRITI

Berkhidmat dengan penuh berintegriti menjadi etika dan tunjang kesungguhan keluarga MAIWP.

WAWASAN

MAIWP berwawasan untuk menjayakan agenda pembangunan negara sekaligus berpandangan jauh bagi mencapai matlamat penting kerajaan dan organisasi.


PRIHATIN

Kami prihatin dan peka dengan persekitaran dan masalah ummah

TOP