Pembangunan Agro Dan Urban Farming

Insentif Modal Pertanian
Diskripsi :
Merupakan insentif kewangan berbentuk modal dan peralatan yang disalurkan kepada para asnaf agrotani yang sedang menjalankan aktiviti dan program pertanian termasuk ternakan dan perikanan yang memenuhi syarat yang ditetapkan.

Program Bimbingan Produk Hiliran Agro
Diskripsi :
Program Bimbingan Produk Hiliran Agro adalah salah satu inisiatif melalui kursus dan program agrotani bagi membentuk minat dan kemahiran untuk melahirkan Agropreneur dari kalangan asnaf penerima bantuan MAIWP melalui usaha-usaha keusahawan yang mereka lakukan. 



Projek Pertanian Hidroponik
Diskripsi :
Projek Hidroponik merupakan sebahagian inisiatif untuk menggalakan penglibatan asnaf melalui projek-projek pertanian yang telah dirancang dan ianya  telah dilaksanakan di 10 lokasi dengan kerjasama komuniti  Bijaktani Hidroponik Asnaf MAIWP di masjid/surau dan PPR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Peserta yang terlibat diberi latihan dan kursus sebelum dipilih untuk terlibat dalam Projek Hidroponik ini. Tanaman yang dihasilkan oleh peserta adalah  sayuran berdaun seperti sawi, pakchoy dan kailan
 


Projek Pertanian Fertigasi 
Diskripsi :
Projek Pertanian Secara Fertigasi ini menyediakan inisiatif atau satu lonjakan baharu kepada para peserta belajar dan mengusahakan pertanian dalam konsep Urban Farming. Peserta diberikan bimbingan secara praktikal di ladang bersama dengan kepakaran teknikal oleh pihak yang dilantik. Antara Projek Fertigasi yang sedang dilaksanakan adalah Projek Fertigasi Terung Panjang dan Projek Fertigasi Tanaman Cili 

TOP