Pembangunan Usahawan

1. INSENTIF MODAL PERNIAGAAN

  • Insentif Modal Perniagaan merupakan Suntikan Modal Perniagaan kepada asnaf yang menjalankan perniagaan.
  • Insentif ini bertujuan untuk perkembangan perniagaan kepada asnaf untuk meningkatkan taraf ekonomi asnaf.
  • Insentif Modal Perniagaan ini boleh dipohon dengan memenuhi kriteria berikut:
    1. Kategori Asnaf: Fakir, Miskin dan Mualaf dan Al- Gharimin.
    2. Kadar Insentif: Maksimum RM60,000.00.
    3. Bagi Permohonan kali pertama bantuan adalah sehingga RM10,000.00 dan Insentif Modal Tambahan boleh dipertimbangkan selepas 6 bulan daripada tarikh permohonan serta menyediakan rancangan perniagaan.
    4. Insentif diberi dalam bentuk Modal Pusingan atau Peralatan Perniagaan.
  • Permohonan insentif adalah tertakluk kepada syarat – syarat umum dan pengiraan had al-kifayah.

2. PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN DIBAHAGIKAN KEPADA 3 KATEGORI USAHAWAN IAITU

  1. Program Asas Perniagaan (Beginner)
    • Kategori ini adalah usahawan baru menerima bantuan perniagaan
    • Telah menjalankan perniagaan sekurang – sekurang 6 bulan
    • Peningkatan jualan / pendapatan maksima RM5,000.
    • Usahawan ini akan dibimbing melalui kursus yang anjurkan seperti Latihan Asas Keusahawanan untuk membantu usahawan MAIWP mendapatkan pengetahuan untuk kemajuan perniagaan.
  2. Program Pembangunan Perniagaan
    • Kategori ini adalah usahawan yang menjana pendapatan jualan / pendapatan maksima RM10,000.
    • Telah mengikut kursus – kursus yang dianjurkan oleh MAIWP
    • Menjalankan perniagaan perkhidmatan / produk yang dilihat berpotensi untuk berkembang
    • Usahawan ini dilatih dan dipantau oleh agensi yang dilantik dan juga geran untuk mengembangkan perniagaan.
    • Usahawan ini akan dibimbing dengan bersama agensi – agensi berkaitan antaranya ;-
      1. Usahawan Jaya MAIWP
      2. Program Rakyatprenuer MAIWP – Bank Rakyat
      3. Program PEMANGKIN MAIWP – Maybank
      4. Program Usahawan MAIWP – CoopBank Pertama
      5. Program Pembangunan dan Penjenamaan Produk
  3. Program Perkembangan Perniagaan (Advance)
    • Usahawan kategori ini adalah usahawan yang menjana pendapatan / jualan sebanyak RM10,000 dan ke atas.
    • Mempunyai premis sendiri untuk perkhidmatan / produk dan bersedia untuk mendapat sijil halal.
    • Mempunyai produk perniagaan yang boleh memenuhi pasaran dalam dan luar negara.
    • Usahawan ini akan dibimbing dengan bersama agensi – agensi berkaitan antaranya ;-
      1. Seminar Kesedaran & Penyediaan Sijil Halal MAIWP
      2. Program Agihan Makanan Berbungkus
      3. Program Pembangunan dan Penjenamaan Produk
      4. Program  Pemasaran Berimpak Tinggi
  1. Direktori Usahawan
    • Maklumat usahawan dibawah seliaan dan dipantau oleh Bahagian Pembangunan Asnaf
  2. Agihan Makanan Percuma Usahawan
    • MAIWP melaksanakan agihan makanan percuma kepada penduduk di PPR, Presint dan IPT. Inisiatif ini adalah untuk meringankan beban orang ramai dengan kenaikkan kos sara hidup.
    • Agihan makanan berbungkus ini melibatkan foodtruck usahawan MAIWP dan kedai makan di sekitar Kuala Lumpur. 
TOP