Permata Junior MAIWP

Pengenalan

Pembangunan modal insan merupakan perkara yang diberi penekanan oleh MAIWP. Ia merupakan titik permulaan dalam bidang pendidikan yang telah diaturkan oleh MAIWP untuk melahirkan generasi Ulul - Albab dengan mengambil pendekatan agama sebagai asas teori dan praktikal dalam membentuk peribadi muslim seawal usia 2 hingga 4 tahun.

Bermula dengan nama Pusat Asuhan Kanak-kanak Islam, ia mula beroperasi pada 1 Disember 1996 di bangunan pejabat lama Institut Kemahiran Baitulmal (IKB), Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Penubuhannya adalah hasil cetusan idea YB. Dato' Dr. Abdul Hamid bin Othman, Pengerusi MAIWP pada masa itu.  Pada awal penubuhannya Taska Darul Hannan diletakkan di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan seterusnya diserahkan kepada MAIWP pada tahun 2008.

Pada 22 November 2007, Mesyuarat MAIWP Kali Ke-102 Bil. 4/2007 telah bersetuju menubuhkan satu lagi Taska Darul Hannan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Taska ini telah beroperasi pada 1 Julai  2009 dan telah dirasmikan oleh YB. Senator Dato' Dr. Masitah binti Ibrahim, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada 25 Februari 2010.

Hubungi Permata Junior MAIWP

Alamat
Taska Darul Hannan
Masjid Wilayah Persekutuan,
Jalan Tuanku Abdul Halim,
50480 Kuala Lumpur


03 - 6201 3339
03 - 6201 2229
Isnin - Jumaat : 7.30 pagi - 5.30 petang
Sabtu - Ahad : Tutup
TOP