Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Alhamdulillah segala puji dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya, maka Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) terus melakar pelbagai kejayaan dan pencapaian dari tahun ke tahun.

Justeru, laman web ini menjadi antara platform untuk menyampaikan maklumat dan informasi tentang MAIWP kepada masyarakat.

Sebagai sebuah agensi agama, MAIWP berhasrat untuk menonjolkan imej peneraju transformasi pengurusan hal ehwal islam di negara dan menjadi model kepada Majlis Agama Islam Negeri lain. 

MAIWP sentiasa berusaha memastikan setiap aktiviti yang dilaksanakan memberi kesan yang maksimum kepada golongan sasar. Ianya selaras dengan slogan MAIWP "Memacu Kegemilangan Ummah" yang menggambarkan usaha proaktif MAIWP dalam melaksanakan aktivit-aktiviti bagi meningkatkan sosio ekonomi ummah.

Saya sentiasa mengalu-alukan sebarang pandangan dan cadangan yang membina bagi tujuan penambahbaikan laman web ini.Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudi melayari laman web MAIWP.  

Terima kasih.

Datuk Mohd Nizam Bin Haji Yahya
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

TOP