Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI)

Pengenalan

Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) telah beroperasi semenjak 1984 di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Pada tahun 2003, PUSRAWI telah didaftarkan semula dan dikenali sebagai Hospital PUSRAWI Sdn Bhd. 

Mulai 16 Januari 2006 Hospital PUSRAWI Sdn Bhd telah berpindah ke bangunan baru di Jalan Tun Razak.

Dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan perubatan pakar untuk pesakit luar dan dalam termasuk Kemalangan & Kecemasan, Dewan Bedah, Wad Bersalin, Unit Rawatan Rapi (ICU), Dialisis, Makmal Kardiovaskular,Fisioterapi, Makmal dan Pengimejan.

Hospital PUSRAWI mempunyai lapan (8) Wad dengan bilangan 164 katil.  Perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan adalah untuk semua golongan tanpa mengira bangsa dan agama. Hospital PUSRAWI diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) bersama Pengarah Perubatan yang bertanggungjawab ke atas pengurusan hospital. 


Profil Syarikat

Klik di sini untuk lihat profil syarikat PUSRAWI

Visi

Hospital pilihan yang melebihi jangkaan pelanggan melalui komitmen ke arah transformasi yang berterusan



Matlamat

Mencapai perawatan kesihatan yang berkualiti tinggi

Misi

Menawarkan perkhidmatan kesihatan yang selamat, berkualiti dan mesra pelanggan



Moto

Berikhtiar, berdoa, dan bertawakal

Hubungi PUSRAWI

Alamat
Lot 149, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur


03 - 2687 5000
03 - 2687 5001
Buka setiap hari 24 jam
TOP