Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA-MAIWP Labuan)

Pengenalan

SMA MAIWP Labuan ditubuhkan atas cetusan idea Y.B Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dimaklumkan kepada mesyuarat di dalam program Semarak Rahmat Kasih pada 28 Mac 2010.

Ia adalah merupakan tanda keperihatinan kerajaan dalam memenuhi hala tuju pendidikan Sekolah Rendah Agama Islam di Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak ke peringkat yang lebih tinggi.

SMA MAIWP Labuan adalah merupakan cawangan SMA MAIWP Kuala Lumpur yang telah diwujudkan sejak tahun 2007.

Lokasi SMA MAIWP Labuan bertempat di SMA MAIWP Labuan, Kampung Lubok Temiang, Peti Surat 81043, 87021 Wilayah Persekutuan Labuan.

Syarat Kemasukan Pelajar

Berikut adalah syarat kemasukan para pelajar ke Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) Labuan:

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja. Keutamaan pelajar-pelajar daripada Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah & Sarawak.
  2. Berumur 12 tahun pada tahun semasa permohonan.
  3. Mendapat keputusan minimum 3A 2B dalam UPSR dan 4A 4B dalam UPSRA atau Jayyid dalam SRU atau 4A 4B dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun semasa
  4. lulus ujian kelayakan kemasukan yang ditetapkan oleh SMA MAIWP Labuan.
  5. Menguasai pembacaan Al-Quran dengan baik.
  6. Menguasai asas-asas dalam Bahasa Arab.
  7. Mempunyai kebolehan dalam menulis dan membaca Tulisan Jawi dengan baik.
  8. Berakhlak mulia serta beradab sopan.
  9. Tidak mempunyai penyakit kronik.

Prosedur Kemasukan Pelajar

Berikut adalah prosedur kemasukan para pelajar ke Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) Labuan:

  1. Permohonan kemasukan adalah secara atas talian. Permohonan boleh dilakukan dengan menekan banner SMAM yang tertera.
  2. Rujuk laman web rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) atau Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (SPI JPWP) .

Hubungi SMA-MAIWP Labuan

Alamat
D/A Sekolah Rendah Agama Islam al-Mustaqim
Kampung Lubok Temiang Peti Surat 81043
80721 Labuan


087 - 466 332
087 - 466 334
Isnin - Jumaat : 7.30 pagi - 5.00 petang
Sabtu - Ahad : Tutup
TOP