Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA-MAIWP KL)

Pengenalan

Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) ditubuhkan hasil daripada Mesyuarat MAIWP Kali Ke-96 yang bersidang pada 28 Julai 2006 yang bersetuju agar MAIWP menubuhkan sekolah di Wilayah Persekutuan.

Objektif penubuhan sekolah ini ialah bagi membuka peluang kepada para pelajar lulusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) melanjutkan pelajaran di peringkat menengah sebagai kesinambungan pendidikan agama di sekolah-sekolah rendah agama di Wilayah Persekutuan. Selain itu, ia juga bagi menampung permintaan masyarakat yang tinggi terhadap sekolah menengah agama.

SMA MAIWP mula beroperasi pada 22 Januari 2007 di premis sementera di satu blok bangunan Sekolah Rendah Agama (SRA) Othmaniah, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur dengan kekuatan tenaga pengajar seramai 23 orang, 7 orang kakitangan dan 183 orang pelajar yang telah dipilih bagi sesi pertama persekolahan 2007. Pada Jun 2013, SMA MAIWP telah berpindah ke premis tetap di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

Pada 25 Oktober 2010, MAIWP menanda tangani perjanjian persefahaman dengan Kementerian Pendidikan Malaysia menjadikan SMA MAIWP sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang melaksanakan kurikulum kebangsaan yang diintegrasikan dengan kurikulum thanawi.

Bermula tahun 2015, SMA MAIWP telah melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) yang telah diperkenalkan oleh KPM. Pada peringkat awal, pelaksanaan ini hanya melibatkan murid-murid tingkatan 1 sahaja.

Syarat Kemasukan Pelajar

Berikut adalah syarat kemasukan para pelajar ke Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP):

  1. Mendapat 5A dalam UPSR dan 7A dalam UPSRA.
  2. Mempunyai kebolehan membaca Al-Quran dan menulis jawi dengan baik.
  3. Lulus temuduga kemasukan yang telah ditetapkan.
  4. Bagi golongan Asnaf yang berdaftar dengan Agihan Zakat, mendapat sekurang-kurangnya 3A dalam UPSR dan 5A dalam UPSRA.

Prosedur Kemasukan Pelajar

Berikut adalah prosedur kemasukan para pelajar ke Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP):

  1. Permohonan kemasukan adalah secara atas talian. Permohonan boleh dilakukan dengan menekan banner SMAM yang tertera.
  2. Rujuk laman web rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) atau Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (SPI JPWP) .

Kemudahan SMA MAIWP

Berikut adalah antara kemudahan yang terdapat di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP):

  1. Blok Akademik
  2. Blok Asrama 10 Tingkat
  3. Dewan Serbaguna
  4. Auditorium
  5. Perpustakaan
  6. Makmal Komputer & Makmal Sains
  7. Surau
  8. Taman Riadah
  9. Padang Bola Sepak, Gelanggang Futsal & Takraw

Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera


Moto

"Berilmu Beramal"

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Hubungi SMA-MAIWP KL

Alamat
Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP)
Sekolah Kluster Kecemerlangan
No. 2 Jalan Sri Permaisuri
Bandar Sri Permaisuri
56000 Cheras
Kuala Lumpur


03 - 9171 3661
03 - 9171 2661
Isnin - Jumaat : 7.30 pagi - 5.00 petang
Sabtu - Ahad : Tutup
TOP