Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP (SMISTA)

Pengenalan

Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) mula beroperasi pada 3 Januari 2011 di bangunan sementara iaitu berkongsi bangunan Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA MAIWP) di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur dengan pengambilan pelajar seramai 55 orang.

Penubuhan SMISTA sebagai sekolah akademik dan tahfiz yang pertama di Wilayah Persekutuan ini adalah hasil Mesyuarat MAIWP Kali Ke-94 pada 27 Julai 2009. Penubuhannya adalah untuk memenuhi permintaan dan kehendak masyarakat yang telah sekian lama ingin melihat agar wujudnya sebuah sekolah agama integrasi sains & tahfiz di peringkat Wilayah Persekutuan, terutamanya di Kuala Lumpur.

Dasar yang dilaksanakan di sekolah ini adalah berteraskan 2 kurikulum iaitu Kurikulum Perdana dan Kurikulum Tahfiz. Pada 6 Ogos 2014, MAIWP menanda tangani perjanjian persefahaman dengan Kementerian Pendidikan Malaysia menjadikan SMISTA sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Sehingga hari ini, jumlah pelajar SMISTA adalah seramai 296 orang manakala bilangan guru seramai 30 orang dan 7 orang staf.

Syarat Permohonan Kemasukan

Berikut adalah syarat kemasukan para pelajar ke Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA):

  1. Warganegara Malaysia
  2. Dilahirkan di Wilayah Persekutuan. Peruntukan 10% dibuka kepada para pelajar luar daripada Wilayah Persekutuan.
  3. Minat dan mahir dalam Pengajian Al-Quran, tilawah dan hafazan.
  4. Pencapaian 5A dalam UPSR atau minimum 4A 1B, 5A atau Mumtaz dalam UPSRA/PSRA dan yang setara dengannya.
  5. Bagi anak asnaf penerima bantuan bulanan Baitulmal MAIWP, syarat minimum untuk kemasukan adalah sekurang-kurangnya UPSR 3A atau Jayyid Jiddan dalam UPSRA/PSRA.
  6. Lulus ujian bertulis dan syafawi.

Prosedur Kemasukan Pelajar

Berikut adalah prosedur kemasukan para pelajar ke Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA):

  1. Permohonan kemasukan adalah secara atas talian. Permohonan boleh dilakukan dengan menekan banner SMAM yang tertera.
  2. Menghantar borang yang lengkap berserta dokumen yang diperlukan sebelum tamat tarikh permohonan.
  3. Menghadiri sesi temuduga (ujian hafazan dan ujian bertulis) bagi yang layak.

Kemudahan di SMISTA

Berikut adalah kemudahan yang terdapat di Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA):

  1. Blok Akademik & Asrama
  2. Dewan Serbaguna
  3. Dewan Serbaguna
  4. Perpustakaan
  5. Makmal Komputer & Sains
  6. Surau
  7. Taman Riadah
  8. Padang Bola Sepak
  9. Gelanggang Futsal & Takraw

Visi

Membentuk generasi Al-Quran yang intelek bertaqwa dan berdaya saing dalam era globalisasi


Misi

Membangunkan potensi diri secara menyeluruh ke arah pemurnian jiwa selaras dengan prinsip Al-Quran dan Al-Sunnah untuk melahirkan generasi rabbani yang seimbang


Moto

Intelek, Dinamik, Quranik

Objektif

  • Melahirkan individu Muslim yang berilmu, berkemahiran tinggi, beriman, bertaqwa dan bertanggung jawab kepada agama, bangsa dan negara.
  • Melahirkan individu Muslim yang mempunyai daya tahan dan daya juang yang tinggi untuk membangunkan ummah dan menegakkan keagongan dan kesucian Islam.
  • Melahirkan generasi Ulul Albab yang memahami dan sentiasa menghayati tuntutan Al-Quran dalam segenap aspek kehidupan.
  • Melahirkan modal insan kelas pertama yang cemerlang bukan sahaja di dunia mahupun di akhirat.

Hubungi Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz

Alamat
Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA)
D/A Masjid Saidina Othman Ibn Affan
Jalan Budiman, Bandar Tun Razak,
56000 Cheras
Kuala Lumpur


03 - 9171 1005
03 - 9171 1499
Isnin - Jumaat : 9.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu - Ahad : Tutup
TOP