Yayasan Taqwa MAIWP

Pengenalan


20 Nov. 1990

Penubuhan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan Berhad Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan Berhad telah diperbadankan di bawah akta Syarikat 1965 oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 20 Nov. 1990 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan.

Maksud syarikat berhad menurut jaminan ini adalah ia ditubuhkan dengan prinsip liabiliti ahli-ahli adalah terhad dengan amaun yang dinyatakan dalam memorandum yang mana ahli-ahli berkenaan akan menyumbang amaun tersebut kepada aset syarikat sekiranya syarikat dibubarkan kelak


12 Jun 2008 - Perkataan “BERHAD” digugurkan

Pada Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah kali ke 32 pada 12 Feb. 2008 yang di pengerusikan oleh Y.B Dato’ Dr. Abdullah bin Md Zin telah meluluskan agar perkataan “BERHAD” pada akhir nama Yayasan Taqwa digugurkan untuk membolehkan Yayasan Taqwa memohon kelulusan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Tujuan Yayasan membuat permohonan ini adalah untuk mendapatkan pelepasan cukai kepada penderma-penderma Yayasan samada ia organisasi atau individu . Perkataan “BERHAD” ini telah diluluskan untuk digugurkan pada akhir nama Yayasan Taqwa pada 12 Jun 2008 kemudian ini disebut sebagai YAYASAN TAQWA WILAYAH PERSEKUTUAN.




Pelepasan Cukai

Yayasan Taqwa Milik Penuh MAIWP

Setelah perkataan “BERHAD” digugurkan dari nama Yayasan Taqwa maka yayasan hendaklah mematuhi syarat-syarat di bawah Seksyen 24 Akta Syarikat 1965. Walaubagaimanapun permohonan kelulusan di bawah Subsekyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 tidak dapat dipertimbangkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia kerana Yayasan Taqwa adalah milik penuh MAIWP dimana MAIWP telah diberi pelepasan cukai di bawah Subseksyen 44(6).


Justifikasi operasi

Yayasan Taqwa menerima sumbangan daripada pihak MAIWP (sumber Baitulmal) dalam melaksanakan agihan program/aktivitinya. Yayasan Taqwa hanya melaksanakan program/aktivitinya di luar Wilayah Persekutuan agar ia tidak bertindih dengan fungsi Baitulmal Wilayah Persekutuan.


Profil Syarikat

Klik di sini untuk lihat profil syarikat Yayasan Taqwa MAIWP

Visi

Menjadi sebuah agensi pemangkin dalam melesterasikan kesejahteraan ummah



Objektif

Memacu peranan utama Yayasan Taqwa - MAIWP melalui pengurusan yang inovatif, strategik dan professional.

Misi

Memantapkan ukhwah diantara institusi zakat dengan ummah melalui sebahagian program dan aktiviti secara holistik berlandaskan lunas-lunas syarak

Hubungi Yayasan Taqwa MAIWP

Alamat
Tingkat bawah Lot 1,
Bangunan TH, 148 Jalan Ipoh,
51200 Kuala Lumpur


03 - 4041 4155
03 - 4041 4166
Isnin - Jumaat : 8 pagi - 5.15 petang
Sabtu - Ahad : Tutup
TOP