Soalan Lazim

Bagaimana kami boleh membantu?
Apakah itu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan?
Membentuk dan mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang dinamis dan progresif yang sentiasa mencari keredhaan Allah. Memupuk keimanan dan mengukuhkan ukhuwwah Islamiah di kalangan orang-orang Islam di Wilayah Persekutuan khasnya dan Malaysia amnya bagi mencapai perpaduan ummah. Memperbanyakkan usaha-usaha kebajikan dan mencegah kemungkaran dalam masyarakat Islam. Melaksanakan usaha-usaha menambah harta MAIWP melalui pelaburan dan usaha-usaha halal yang lain bagi faedah umat.
Bagaimanakah agihan Bantuan Barangan Keperluan Asasi dijalankan pada tahun 2022?
MAIWP pada tahun ini telah memudahkan proses pengagihan bantuan barangan keperluan asasi 2022 secara digital. Para penerima hanya boleh membeli barang-barang keperluan asasi di kedai dengan menggunakan fungsi ‘Scan & Pay’ atau secara atas talian melalui aplikasi Boost dengan menggunakan MAIWP Zero Hunger Wallet mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan
Apakah itu Boost?
Boost adalah aplikasi dompet mudah alih yang bertujuan untuk merevolusikan cara anda berurusan di dunia semakin digital dan mudah alih hari ini. Dengan aplikasi Boost, anda boleh membayar menggunakan telefon bimbit anda tanpa kerumitan menggunakan tunai fizikal.
Bagaimanakah penerima bantuan boleh dapatkan MAIWP Zero Hunger Wallet melalui aplikasi Boost?

Langkah pertama adalah untuk memuat turun aplikasi Boost di dalam Apple AppStore, Google Playstore atau HuaWei App Gallery. Selepas itu, anda perlu mendaftar akaun Boost dan mengesahkannya melalui eKYC (electronic know your customer).

Sila rujuk (Muat Turun Aplikasi Boost) untuk langkah-langkah di atas.

Bilakah tarikh luput MAIWP Zero Hunger Wallet?
Dompet MAIWP haruslah digunakan dalam tempoh 1 Jun 2022 hingga 15 Januari 2023.
Bolehkah saya menggunakan MAIWP Zero Hunger Wallet untuk pembelian barangan-barangan umum yang ada di dalam Boost?

Tidak. Anda hanya boleh membeli barang-barangan yang disenarai lulus oleh pihak MAIWP iaitu barangan keperluan asasi.

#

Senarai Barangan Keperluan Asasi

1

Kategori makanan ruji seperti beras, tepung, roti, ubi, jagung, dan kentang

2

Produk berasaskan mi dan pasta

3

Kategori makanan ringan seperti kek, coklat, biskut, kerepek, pencuci mulut dan kuih-muih

4

Perasa makanan atau rerempah seperti gula, garam, cuka, lada, paprika, madu, bawang dan rempah ratus

5

Buah-buahan dan sayur-sayuran

6

Kategori minuman, serbuk minuman dan perisa minuman seperti teh, kopi, minuman coklat, sirap dan kordial

7

Penyedap makanan seperti sos dan kicap

8

Bijirin seperti gandum, barli, malt, oat, pulut dan sekoi

9

Makanan berasaskan minyak, lemak dan santan

10

Makanan sejuk beku dan makanan yang diproses dalam tin

11

Produk-produk berasaskan daging, makanan laut, telur

12

Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat, susu pekat manis)

13

Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci

14

Lampin pakai buang (kanak-kanak/dewasa)

15

Gas

Apakah akan terjadi jika perbelanjaan melebihi jumlah yang diberikan oleh pihak MAIWP?

Anda haruslah menambah dengan wang sendiri melalui Dompet Utama (“Main Wallet”) di aplikasi Boost, atau secara tunai, kad debit/kredit atau mengurangkan barangan pembelian.

Apakah akan terjadi jika saya tidak menggunakan bantuan yang dikreditkan ke dalam MAIWP Zero Hunger Wallet saya?

Apabila baki Dompet MAIWP telah mencecah RM600.00 pada satu masa, pengkreditan bulanan akan dihentikan.

Bagaimanakah boleh saya melakukan penambahan ‘main wallet’?

Penambahan boleh dilakukan melalui kad kredit/debit dan online banking menerusi aplikasi Boost. Sila rujuk pautan: https://support.myboost.com.my/hc/en-us/articles/4402742197913-How-do-I-add-money-to-my-Boost-Wallet-

Adakah saya boleh memilih mana-mana kedai/pasaraya untuk pembelian?

Sila rujuk pautan untuk senarai pasaraya terpilih untuk membuat tebusan.

Nama Kedai Dan Pasaraya

Lokasi

Mydin Subang Jaya Hypermarket

Kuala Lumpur

Sam Nu Sentral

Kuala Lumpur

Mydin Sinar Kota Emporium

Kuala Lumpur

Mydin Masjid India Emporium

Kuala Lumpur

Mydin Chow Kit Emporium

Kuala Lumpur

Mydin Masjid India Emporium 2

Kuala Lumpur

Mydin Danau Saujana Supermarket

Kuala Lumpur

Mydin Putrajaya Bazar

Putrajaya

MyGrocer

Kuala Lumpur & Putrajaya

Emporium Labuan Shop

Labuan

Labuan Supermarket

Labuan

Milimewah Superstore

Labuan

Utamajaya Superstore

Labuan

Bataras Hypermarket Labuan

Labuan

Bataras Hypermarket Ujana Kewangan

Labuan

Nota: Senarai kedai dan pasaraya akan bertambah dari masa ke semasa
Apakah kaedah bagi pembelian atas talian melalui aplikasi Boost?

Kaedah pengambilan bagi pembelian atas talian ialah melalui perkhidmatan kurier yang telah dilantik.

Adakah saya akan dikenakan sebarang kos penghantaran melalui kaedah pembelian atas talian?

Ya, kos penghantaran ditanggung sepenuhnya oleh penerima.

Apakah polisi pemulangan dan penukaran bagi kaedah pembelian Scan & Pay?

Pembelian boleh dipulangkan dan ditukar dalam jangka masa tujuh hari (7) dari tarikh pembelian tertakluk kepada terma berikut:

  • Terhad kepada barangan kering sahaja. Barangan basah, sayur-sayuran, buah-buahan, makanan sejuk beku tidak boleh dipulangkan.
  • Barangan haruslah dipulangkan dalam keadaan yang asal bersama dengan resit pembayaran.
  • Pembeli hanya boleh menukar barangan yang sama, tertakluk kepada keadaan stok semasa.
  • Pembeli hanya boleh menukar barangan di kedai atau pasaraya yang sama, dimana pembelian asal dibuat.
  • Pembekal berhak untuk menerima atau menolak permintaan pemulangan dan penukaran berdasarkan alasan yang munasabah.

Permohonan untuk pemulangan dan penukaran boleh dilakukan secara terus di kaunter khidmat pelanggan di kedai atau pasaraya dimana pembelian asal dibuat. Pemulangan wang dalam bentuk tunai atau pengkreditan ke dalam MAIWP Zero Hunger Wallet tidak dibenarkan.

Apakah polisi penghantaran barang bagi kaedah pembelian atas talian?
  • Penghantaran hanya dilakukan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, dan Labuan sahaja.
  • Penghantaran terhad kepada barangan kering sahaja.
  • Pembeli dinasihatkan untuk memeriksa semua barangan yang diterima ketika melakukan kutipan dari mana-mana rakan kongsi penghantaran.
Apakah polisi pembatalan, pemulangan dan penukaran barangan bagi kaedah pembelian atas talian?

Pembatalan Tempahan

  • Pembatalan tempahan tidak dibenarkan sekiranya tempahan telah dibuat dan dibayar sepenuhnya.
  • Pembekal akan membatalkan tempahan sekiraya produk yang dipilih telah kehabisan stok. 


Pemulangan Tempahan

Terhad kepada pembelian atas talian sahaja, pengguna boleh meminta pulangan dan bayaran balik atas sebab-sebab berikut:

  • Pengguna tidak menerima produk, seperti bungkusan yang hilang dalam transit.
  • Pengguna menerima produk yang salah, seperti produk diterima bukan barang yang dibeli.
  • Pengguna menerima produk dengan kerosakan fizikal, seperti makanan yang tamat tempoh, tin kemek, dan plastik bocor. 


Penukaran Tempahan

Penukaran barangan boleh dilakukan melalui perkhidmatan kurier atau datang secara terus ke alamat berikut:

1) Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya

Cara-Cara Membuat Penukaran (Perkhidmatan Kurier Sahaja)

  • Hubungi Talian Khidmatan Pelanggan di talian +6016 601 0040
  • Membuat laporan bersertakan bukti kerosakan yang sahih dan resit pembelian
  • Proses penukaran akan dilakukan setelah barangan dipulangkan dan diterima oleh pembekal.

Nama Pembekal: Mydin Online

Alamat Pembekal: Mydin Subang Jaya Hypermarket, Lot 675 & 676, Persiaran Subang Permai, USJ1, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan

  • Kos pemulangan barangan ditanggung sepenuhnya oleh pembeli.
  • Setelah proses pengesahan laporan penukaran diluluskan, pihak pembekal (dalam tempoh 3 hari waktu berkerja) akan menghantar semula barangan baru.


2) Labuan

Cara-Cara Membuat Penukaran (Perkhidmatan Penukaran di Kedai Sahaja)

  • Pembeli membawa barangan ke alamat tertera untuk membuat penukaran – Bataras Superstore Financial Park Labuan, Flea Market, 87000 Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia.
  • Setelah proses pengesahan laporan penukaran (dalam tempoh hari yang sama), pihak pembekal akan menggantikan semula barangan yang ingin ditukar.


Pembayaran Balik

Dasar pemulangan dan bayaran balik bagi pihak pembekal bagi laporan yang telah disahkan adalah seperti berikut:

  • Buat laporan dalam tempoh tujuh hari (7) hari dari tarikh penerimaan barangan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Jika produk rosak, bayaran balik hanya akan di proses jika laporan pemulangan telah diluluskan oleh pihak pembekal.
  • Pihak eCode akan membayar balik kepada pengguna berdasarkan jumlah yang dibelanjakan oleh pengguna untuk memperolehi produk dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh laporan diluluskan.
  • Pembayaran balik akan dikreditkan ke dalam MAIWP Zero Hunger Wallet pengguna, setelah permohonan telah disemak dan diluluskan.
TOP