MAIWP UIAM JAYAKAN KLINIK BANTUAN GUAMAN DAN LITERASI UNDANG-UNDANG

 

8 Jun – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berjaya menganjurkan Klinik Bantuan Guaman dan Literasi Undang-Undang di Dewan Seminar IR Mohd Mazlan, Menara MAIWP.

Pelaksanaannnya dijalankan oleh Unit Undang-Undang MAIWP dengan Kerjasama IIUM Legal Advisory Services, Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM.

Klinik Bantuan Guaman dikendalikan oleh pensyarah UIAM melalui pembukaan 8 kaunter pertanyaan dan semua perkhidmatan nasihat guaman adalah percuma.

Pelbagai isu diajukan ketika sesi pelanggan bertemu peguam berkaitan kekeluargaan; perkahwinan, penceraian dan punca-puncanya, isu pasca penceraian, hibah, wasiat dan faraid.

Dalam masa yang sama sesi pembentangan tentang kekeluargaan juga diadakan dengan menampilkan penceramah jemputan dari UIAM.

Prof. Dr. Najibah binti Mohd Zin telah membentang  dua tajuk; jenis-jenis penceraian dan punca penceraian, dikuti dengan pasca penceraian.

Manakala Dr. Tajul Aris bin Ahmad Bustami membicarakan berkaitan harta pusaka.

Terdahulu daripada itu, Prof. Dr. Mohamad Asmadi bin Abdullah, UIAM, ketika merasmikan program beliau amat berterima kasih di atas kolaborasi antara MAIWP-UIAM menjayakan program tersebut.

“Target program ini adalah kepada Staff dan asnaf MAIWP dengan objektif Staff dan asnaf MAIWP mendapat akses kepada nasihat guaman di samping memberi kesedaran dan ilmu berkaitan undang-undang khususnya undang-undang Syariah.

”Kami di Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM, amat berbesar hati apabila dijemput untuk bekerjasama di dalam program ini.

"Program sebegini adalah merupakan program khidmat masyarakat yang dilakukan secara berterusan oleh IIUM, Legal advisory Services sejak penubuhannya tahun 2000.

"Program ini bertujuan memberi kesedaran dan pemahaman kepada Masyarakat tentang undang-undang di samping menawarkan khidmat nasihat perundangan secara percuma, di samping itu program ini juga memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar kami tentang permasalah sebenar yang dihadapi oleh masyarakat dan membantu menyelesaikannya,” ucap beliau ketika merasmikan Klinik Bantuan Guaman Dan Literasi Undang-Undang MAIWP & Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM Tahun 2024.

TOP