MAIWP CUNGKIL HAFAZAN A-QURAN WARGA WILAYAH

 

9 Jun - Ujian Tasmi’ Hafazan Al-Quran diadakan bagi mencungkil bakat warga Wilayah Persekutuan secara langsung melalui intensif galakan hafaz al-Quran oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Ia juga sebagai dorongan dan penghargaan atas ketekunan peserta mengekalkan hafalan Al-Quran sepanjang masa.

Perujian diadakan setelah melalui pemilihan dan tapisan oleh Jawatankuasa dan hanya mereka yang layak dipanggil menyertai sesi perujian ini.

Tahun ini, MAIWP membuka kategori khusus melalui hafalan Juzuk Amma melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah (bukan sekolah agama), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) @murid-murid Istimewa dan sekolah rendah agama (SRA) yang dilaksanakan pada 25-26 Mei 2024 di Dewan Serabguna Masjid Wilayah Persekutuan.

Penyertaan amat menggalakkan melibatkan 600 pserta.

Manakala perujian tasmi’ kategori terbuka menawarkan  4 pilihan kepada peserta; Juzuk 1-5, Juzuk 1-10, Juzuk 1-20 dan juzuk 1-30.

Penyertaan kategori terbuka ini amat menggalakkan melibatkan 485 peserta diadakan selama 2 hari pada 8-9 Jun 2024.

Perujian  hafalan Al-Quran tertumpu kepada kelancaran hafazan, tajwid, fasohah dan adab.

Tujuannya menggalakkan peserta menggekalkan hafazan Al-Quran dan menilai kebolehan peserta membaca dan menghafaz ayat-ayat al-Quran dengan betul dan fasih mengikut hukum tajwid dan fasohah.

Mereka dinilai dari segi perulangan ayat, terhenti-henti, teragak-agak, tertinggal/tertambah huruf/salah baris, tertambah kalimah, salah sambung, melangkau, gagal menghabiskan bacaan ayat yang ditentukan, hafaz dan lancar dengan baik, tenang dalam bacaan.

Memahami makhraj huruf dan sifatnya, hukum tarqiq dan tafhim, bacaan tadwir mengikut riwayat hafs, kesempurnaan sifat dan kadar ghunnah, menyamakan kadar mad dan ghunnah, pemilihan wajah yang aula.

Di samping hukum waqaf dan ibtida’, cermat melafazkan kalimah al-Quran, tadabbur, fasih bacaan dan berlahjab arab, terpelihara susunan kalimah-kalimah dan ayat-ayat al-Quran, ketepatan membunyikan fathah, kasrah dan dhommah, membunyikan huruf-huruf sukun dan huruf-huruf bertasydid, kelancaran dan kelembutan pada membaca kalimah-kalimah dan ayat-ayat al-Quran, keselarasan pada masa dan rentak bacaan tanpa bercampur aduk antara tartil, tadwir dan hadar dan bacaan yang dapat mengikut kesesuaian ayat.

Kelembutan suara, suara licin dan bersih, suara terang, lantang dan nyata, suara tidak berubah, gaya  bacaan  mengikut  lahjah  arab  (dari mula hingga akhir), suara yang amat merdu.

Markah lebih akan diberi kepada suara yang lebih merdu dan dapat menghidupkan rentak-rentak suara.

 

TOP