MASYARAKAT ORANG ASLI TERIMA DUIT RAYA SUMBANGAN MAIWP

MAIWP pada hari ini menyampaikan sumbangan tunai kepada 58 orang penghuni Pusat Kebajikan Asrama Darul Falah dengan nilai RM250.00 seorang dan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM14,500.00.

Bantuan ini diberikan kepada kanak-kanak berusi 13 – 17 tahun yang terdiri daripada 24 orang lelaki dan 34 orang perempuan yang menetap di Asrama Darul Falah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia PERKIM (ASDAF).

Sumbangan duit raya ini telah disampaikan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Nai’m Bin Haji Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada Program Rahmah Ramadan Maiwp: Ziarah Pusat Kebajikan Dan Rumah Asnaf.

YB Menteri turut menyampaikan cek cura yang berjumlah RM14,500 kepada Tuan Haji Abdul Halim Bin Mohamad, Pengerusi PERKIM Cawangan ASDAF. Hadir mengiringi beliau, YBhg. Tuan Haji Syed Kamarulzaman Bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP dan Datuk Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

Untuk makluman bersama, Asrama Darul Falah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia PERKIM (ASDAF) adalah asrama yang menempatkan anak-anak di kalangan asnaf fakir, miskin, saudara baru dan anak yatim.

Kanak-kanak ini akan diberikan pendidikan mengenai Agama Islam orang-orang muslim yang mukmin, muttaqin sehingga mampu menjadi pendakwah.

Sebelum ini, MAIWP telah menyalurkan bantuan kepada ASDAF bermula dari tahun 2019 sehingga 2023 berjumlah RM610,000.00.

TOP