MAIWP RUN 2024

Sempena menyambut 50 Tahun Kegemilangan MAIWP, MAIWP dengan kerjasama PPZ-MAIWP menganjurkan program larian MAIWP RUN 2024 – Powered By PPZ.

Ini merupakan kali kedua aktiviti larian ini dianjurkan dan kali ini memilih Dataran Wawasan Putrajaya sebagai trek larian dengan mencatatkan pendaftaran seramai 11,078 peserta dari pelbagai bangsa, agama dan negara.


Pelepasan larian dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Hj. Mokhtar dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi PPZ-MAIWP, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha MAIWP, Datuk Mohd Ajib Ismail, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Haji Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman.


Berbeza dengan tahun lepas, MAIWP RUN 2024 menyediakan 5 kategori larian iaitu 21 kilometer (half marathon), 10 kilometer (race), 5 kilometer (fun run) dan 3 kilometer untuk larian bersama keluarga dan orang kurang upaya.

Selain itu, 10 orang peserta dari kategori 21 kilometer yang menghabiskan larian terawal ditawarkan hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100 hingga RM900 berserta piala mengikut kategori umur.

Acara ini juga turut menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti motosikal, televisyen, telefon pintar, basikal dan hamper untuk para peserta yang bertuah.

 

TOP