PERBINCANGAN STRATEGIK MEMPERKEMBANG INSTRUMEN WAQAF

Kunjungan hormat telah diadakan oleh YBhg. Tuan Haji Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP ke Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) KL.

Beliau telah disambut oleh YBhg. Dato’ Mohd Fadzli Bin Yusof, Pengerusi Masjid At-Taqwa bersama barisan ahli jawatankuasa.

Perbincangan bagi menjadikan pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI sebagai Mutawali bagi mengumpul waqaf untuk maslahat umat Islam terutamanya di kariah TTDI.

Turut hadir YBhg. Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman, KPE PPZ-MAIWP dan beberapa orang pegawai kanan MAIWP.

Semoga hasrat murni untuk menanamkan budaya berwaqaf dapat direalisasikan agar instrumen waqaf menjadi satu sumber ekonomi dalam menjana pembangunan kemaslahatan umat Islam di Malaysia khususnya di Wilayah Persekutuan.

TOP