MENERIMA PELANTIKAN AHLI MAIWP BAHARU

MAIWP pada hari ini telah menerima Pelantikan Ahli-Ahli MAIWP yang baharu bagi menggantikan Ahli MAIWP terdahulu yang telah tamat tempoh perkhidmatan.

Majlis Penyerahan Surat Pelantikan kepada Ahli MAIWP yang baharu telah disempurnakan oleh Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Dalam majlis ini, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyampaikan surat pelantikan dan amanat kepada semua Ahli MAIWP yang baharu agar bersama-sama membantu melonjakkan prestasi perkhidmatan MAIWP ke aras yang lebih tinggi.

Turut hadir pada majlis ini mewakili Pengerusi MAIWP Tuan Haji Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Setiausaha MAIWP merangkap Pengarah JAWI, Datuk Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, turut serta barisan pengurus MAIWP dan ahli MAIWP yang telah dilantik bagi tempoh 2024 hingga 2026.

 

TOP