400 ASNAF MAIWP DIRAI BERBUKA PUASA

MAIWP meraikan 400 asnaf dengan mengadakan Majlis Iftar Bersama Asnaf di Masjid Wilayah Persekutuan pada hari ini.

Majlis ini merupakan acara tahunan MAIWP setiap kali berada di dalam bulan Ramadan bagi membuktikan keprihatinan MAIWP menyantuni asnaf dalam pelbagai cara.

Pengerusi MAIWP, Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dalam ucapannya mengumumkan bantuan Aidilfitri RM 500.00 akan disalurkan kepada semua penerima bantuan sara hidup di Wilayah Persekutuan.

“ Sukacita saya mengumumkan bahawa Bantuan Aidilfitri berjumlah RM 500 akan disalurkan kepada penerima bantuan zakat MAIWP dan institusi pendidikan di bawah MAIWP akan menerima RM 300”

Dalam majlis tersebut Pengerusi MAIWP turut menyampaikan cek cura kepada Pertubuhan Kebajikan Islam ( PERKIM) sebanyak RM 2 juta, Pertubuhan Gerakan India Muslim Malaysia ( GEPIMA) sebanyak RM 200 ribu, Pertubuhan Dakwah Interaktif dan Tarbiah ( IDT) sebanyak RM 300 ribu, Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia ( PKOKM) sebanyak RM 50 ribu dan Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia sebanyak RM 50 ribu.

MAIWP turut menyumbang cenderahati kepada 400 orang asnaf yang hadir pada majlis ini menjadikan keseluruhan bantuan yang disalurkan sebanyak RM 20.02 juta. Selain itu, kanak-kanak yang hadir turut diraikan dengan agihan duit raya.

Hadir bersama YBhg. Datuk Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan YBrs. Encik Mohd Fauzi Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP.

TOP