MAJLIS JALINAN KASIH RAMADAN USAHAWAN ASNAF MAIWP
MAIWP hari ini buat julung kali mengadakan Majlis Jalinan Kasih Ramadan Usahawan MAIWP di WTC. Kuala Lumpur. Majlis ini menghimpunkan seramai 150 orang usahawan MAIWP bagi menghargai usahawan MAIWP yang sentiasa komited untuk memajukan diri sehingga mampu menjadi salah seorang pembayar zakat.
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Syed Kamarulzaman, Pengerusi MAIWP yang menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata kepada 10 orang usahawan MAIWP yang telah berjaya membayar zakat pada tahun 2023. Bayaran Zakat tertinggi adalah Puan Nur’ Ain Chow Sook Mung Abdullah, yang memjalankan perniagaan bakery dan katering dengan jumlah bayaran zakat sebanyak RM6,540.00 pada tahun 2023.
Sepanjang tahun 2023, MAIWP telah melaksanakan sebanyak 21 buah program pembangunan usahawan bersama 18 pemain industri antaranya adalah INSKEN, FAMA, BIMB, YAPEIM, COOP Bank, SME Bank dan UNIKL – BMI dan lain – lain dengan penglibatan seramai 1,614 orang usahawan MAIWP. Sehingga kini, seramai 47 orang usahawan MAIWP yang telah mengikuti program pembangunan usahawan sejak tahun 2022 hingga 2024 dan mereka ini telah berjaya menjadi pembayar zakat dengan jumlah di antara RM500.00 hingga RM6,500.00 dengan jumlah keseluruhan bayaran zakat sebanyak RM50,652.38.
Turut hadir bersama YBrs Encik Mohd Fauzi Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) dan rakan-rakan strategik MAIWP .
TOP