KUTIPAN ZAKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 2023, RM1.03 BILIION

PUSAT Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ- MAIWP) berjaya mengutip zakat berjumlah RM1.03 bilion bagi tahun 2023. Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran umat Islam untuk menunaikan zakat, PPZ-MAIWP melaksanakan strategi pemasaran dan promosi berterusan sekali gus dapat menggandakan kutipan dan penyaluran bantuan kepada golongan memerlukan. Pada 2023 PPZ-MAIWP berjaya mengutip Wakaf Tunai berjumlah RM6.64 juta dengan kenaikan 162 peratus berbanding 2022 sebanyak RM2.53 juta dengan jumlah pembayar seramai 14,635 orang. Daripada jumlah itu RM4.5 juta adalah melalui kutipan Wakaf Khas selebihnya RM2.1 juta melalui kutipan WakafAm. Tahun 2024 PPZ-MAIWP menyasarkan kutipan zakat dan wakaf tunai berjumlah RM1,115 billion dengan jumlah pembayar 1.935 juta orang. Bermula Januari 2024, MAIWP turut menaikkan kadar bantuan zakat barangan keperluan asasi golongan asnaf kepada RM300 daripada RM150 sebelumnya, yang diagihkan menerusi aplikasi dompet elektronik (e-wallet).

TOP