ASNAF TERUJA DAPAT BAJU RAYA BAHARU

Dalam kesibukan umat Islam membuat persediaan untuk meraikan Aidilfitri, terdapat ibu bapa tiada kemampuan menyediakan kelengkapan baharu bagi ahli keluarga.

Tahun 2024, MAIWP jalin kerjasama bersama Yayasan Briged Sukarelawan Khidmat Negara (YBSKN) dengan memperuntukan RM370,000.00 khusus untuk asnaf terpilih membeli pakaian raya untuk diragakan di pagi lebaran. Dan sumbangan adalah meliputi :-

a) Bantuan Pakaian Baju Melayu dan Sampin dengan nilai RM150.00 sebanyak 1,000 unit melibatkan perbelanjaan RM150,000.00.

b) Bantuan Pakaian Baju Kurung dengan nilai RM100.00 sebanyak 1,000 unit melibatkan perbelanjaan RM100,000.00.

c) Bantuan Barangan Keperluan Asas dengan nilai RM85.00 sebanyak 1,000 unit melibatkan perbelanjaan RM85,000.00.

d) Bantuan Barangan Basah (Ayam Segar) dengan nilai RM35.00 sebanyak 1,000 unit melibatkan perbelanjaan RM35,000.00.

Sumbangan tersebut telah disampaikan YBhg. Tuan Haji Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer di Surau Al-Husna, PPR Seri Semarak.

Hadir mengiringi beliau Datuk Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

 

TOP