MAIWP SALURKAN BANTUAN KHAS PERSEDIAAN RAMADAN

MAIWP membantu untuk menggerakkan aktiviti pengimarahan Ramadan ini atau disebut sebagai Ihya’ Ramadan dengan menyalurkan sumbangan Ihya’ Ramadan kepada 871 buah masjid, surau jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Sebanyak RM19.03 juta dana zakat yang akan disalurkan RM30,000.00 kepada masjid, RM25,000.00 kepada surau jumaat; dan RM20,000.00 kepada surau biasa. Ini satu salah satu keprihatinan MAIWP untuk menyediakan pelbagai kemudahan dan menjaga kebajikan serta keperluan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan termasuk keperluan di masjid dan surau.

Pada tahun ini PPZ-MAIWP telah melantik seramai 942 orang ketua dan penolong amil fitrah di seluruh Wilayah Persekutuan untuk mengutip zakat fitrah sama ada di 11 kaunter zakat PPZ-MAIWP, masjid-masjid, surau-surau, pasaraya dan beberapa lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai. Setiap amil juga dibekalkan dengan Kod Respon Pantas atau Quick Response Code (kod QR) bagi memudahkan transaksi tanpa tunai.

 

 

TOP